web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Faa, Awak Di Mana? Baliklah…’ – Rakan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2024 3:00PM

Nur Farah Kartini – Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang gadis buntu apabila rakannya hilang tanpa dapat dikesan sejak 10 Julai lalu.

Menggunakan akaun @puterizaira di X, dia memberitahu, rakannya yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini hilang selepas menyerahkan kereta sewa kepada pelanggan pada jam 8 pagi.

Katanya, Nur Farah atau Faa lazimnya akan ke pejabat sebaik sahaja urusan penyerahan kereta sewa kepada pelanggan selesai dilakukan.

“My dear Faa. Di manapun Faa sekarang, semoga Faa dalam keadaan selamat. 

“Ya Allah, semoga Farah Kartini dijumpai dengan selamat. Mohon RT,” ciapnya.

Ciapan tersebut pantas menerima respon netizen, namun Puteri Zaira memberitahu, tiada perkembangan positif diterima.

“Ada komen komen di TikTok mengatakan Farah telah dijumpai. Itu semua palsu. 

“Saya tengah membuat pengesahan dengan rakan yang berada di Tanjung Malim, mereka masih mencari Farah. Tolong doakan Farah ditemui dalam keadaan selamat ya,” katanya, sedih.

Hebahan mengenai kehilangan Nur Farah Kartini yang dibuat di media sosial – Gambar X
Hebahan mengenai kehilangan Nur Farah Kartini yang dibuat di media sosial – Gambar X

Semakan Getaran mendapati, laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan Nur Farah, namun tiada sebarang perkembangan terkini diterima setakat ini.

Sementara itu, seorang daripada netizen mendakwa, gadis berkenaan kali akhir dilihat menaiki sebuah teksi sapu berwarna merah.

Che Din yang menggunakan akaun @asyrifdin berkata, kejadian itu sempat dilihat saksi yang juga pelanggan kepada kereta sewa dihantar Nur Farah. 

“Dia balik tu dengan kereta prebet (teksi sapu) juga, customer yang jdi saksi tu cakap dia naik kereta merah.

“Nombor plat tak dapat detect apa sebab customer kata masa tu hujan, then ada jugak org cuba trace ikut nombor phone smpai trace last dekat Pahang, tapi polis kata benda tu tak valid,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, Nur Farah masih belum ditemui dan gerakan mencari gadis itu masih diteruskan. – Getaran, 12 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Perlu Telus, Jujur Buat Laporan Orang Hilang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

4

Berita 1 tahun yang lalu

Masih Gagal Temui Petunjuk, SAR Remaja Hilang Di Gerik Diteruskan Esok - Bomba

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS