web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Di Laut China Selatan Tidak Hasilkan Gegaran Permukaan - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 3:54PM

MetMalaysia memaklumkan perkara ini kerana gempa bumi itu berlaku terlalu dalam iaitu 611 kilometer (km), malah pemantauan yang dijalankan secara dekat mendapati tiada sebarang gempa susulan berlaku - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia memaklumkan perkara ini kerana gempa bumi itu berlaku terlalu dalam iaitu 611 kilometer (km), malah pemantauan yang dijalankan secara dekat mendapati tiada sebarang gempa susulan berlaku.

Menurut kenyataan itu, Sistem Rangkaian Seismik MET Malaysia telah mengesan gempa bumi itu berlaku pada pukul 3.32 pagi dengan 4.4 pada skala Richter di kedudukan 6.45° Utara 115.87° Timur di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, maklumat gempa bumi tersebut telah direkodkan dan tidak dihebahkan kepada pihak awam semalam, namun MetMalaysia akan terus menjalankan pemantauan kejadian gempa bumi.

"Kedudukan gempa bumi berkenaan berada di kedudukan yang secara amnya di luar zon aktif gempa iaitu di luar lingkaran api Pasifik," menurut kenyataan itu.

Semalam, tular dalam media sosial mendakwa satu kejadian gempa bumi berlaku di Laut China Selatan kira-kira 53 km dari Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, berdasarkan peta seismotektonik edisi kelima pada 2009 yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains, gempa bumi itu berada di kawasan inactive thrust fault.

“Oleh yang demikian, gempa bumi yang berlaku di laut dengan magnitud kurang daripada lima dan kedalaman melebihi 300 km tidak memberi kesan di permukaan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS