web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 5:13PM

Robot Transformers yang ditampilkan pada persembahan sempena sambutan Maal Hijrah 1446 semalam - Gambar JAKIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persembahan yang diadakan sempena Sambutan Maal Hijrah 1446 peringkat kebangsaan semalam direka dengan mengambil kira Tafsir Ilmi Kejadian Langit dan Bumi.

Jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, tafsir berkenaan membincangkan perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat al-Quran. 

Menurut beliau, perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera bagi mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.

“Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala  dengan galaksi dan sistem suria sebagai fenomena alam semesta yang menakjubkan. 

“Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta,” katanya.

Jelas jurucakap itu, eksplorasi tersebut dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan serta meningkatkan keimananan dalam diri.

“Tindakan untuk mengkaji dan berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan proses berkaitan dengannya tidak dapat dipisahkan daripada sains dengan menggunakan pendekatan saintifik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis Muslim sebelum ini. 

“Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkait dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains, tambahan pula kita berada di zaman revolusi 4.0 @ IR4.0, dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia,” katanya.

Tegas beliau, sains telah banyak memberikan sumbangan bermakna kepada peradaban manusia, justeru umat Islam merupakan peledak kepada ilmu sains moden yang berkembang hingga ke hari ini. 

“Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta. Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam. 

“Tuntasnya, sebagai khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajiban kita untuk melestarikan alam sekitar dan menguruskan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT,” katanya.

Jurucakap itu menarik perhatian, sains dan teknologi bukan musuh peradaban tetapi medium keharmonian jika disantuni dengan bijaksana. 

Konsep persembahan juga katanya, menunjukkan bahawa kemajuan perlu berlandaskan Al-Quran kerana kemajuan yang tidak dilengkapi nilai agama akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan kepada alam.

“Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil inspirasi seni mempertahankan diri seperti silat dan (setiap) pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan. 

“Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa,” katanya.

Persembahan pada sambutan Maal Hijrah semalam mencetuskan ‘keriuhan’ dalam kalangan netizen apabila menampilkan aksi beberapa robot seakan watak filem Transformers.

Penampilan beberapa penari juga menerima kritikan ramai, apabila ia dianggap menyamai acara hiburan lain. - Getaran, 8 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia