web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2024 9:12PM

Usaha mengesan waris kesemua mangsa sedang giat dilakukan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dua kanak-kanak perempuan dipercayai adik-beradik yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, pada mulanya dua kanak-kanak berkenaan Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama ibu mereka Azliha Ngah Ariffin, 40, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu.

Beliau berkata Azliha yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka kini dalam keadaan kritikal, dan usaha mengesan waris keluarga berkenaan sedang giat dilakukan.

"Dua lagi penyewa bilik di tingkat dua bangunan itu yang merupakan pasangan suami isteri berada dalam keadaan stabil selepas berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa ke hospital sama.

"Kebakaran itu disedari pemilik kedai di tingkat bawah yang juga pemilik bilik sewa di bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang sebelum menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata 40 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bukit Katil, BPP Melaka Tengah dan BPP Ayer Keroh dengan bantuan empat jentera termasuk satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) terlibat dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa, selain turut dibantu tiga ambulans Bulan Sabit Merah dan Hospital Melaka.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat 21 bilik sewa melibatkan tingkat satu hingga tiga di bangunan empat tingkat itu, dan hanya enam daripada bilik itu mempunyai penyewa, namun ketika kejadian hanya ada lima penghuni termasuk tiga beranak itu.

Punca kematian dua beradik itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

2

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

4

Budaya 6 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 21 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91