web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 4:47PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ІРОН - Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis semalam, berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah 19 tahun lalu dalam konteks yang salah.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, laporan itu dibuat kerana dipercayai ada pihak yang memilih mahu penghidupkan bara perkauman dan keagamaan, hingga mengaitkan secara luar konteks titah yang dizahirkan oleh Raja Nazrin Shah pada 2005.

"Demi melindungi nama baik DYMM Paduka Seri Sultan Perak daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak untuk memenuhi agenda tersurat dan tersirat mereka, Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah membuat laporan polis pada 28 Mac 2024," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr Mohd Zahidi, baginda khuatir perbuatan tidak beretika mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dengan mengaitkan secara luar konteks titah yang pernah baginda zahirkan atas nama Raja Muda Perak, 19 tahun lalu, sebagai perbuatan menangguk di air keruk yang tidak bertanggungjawab, membawa kesan langsung yang boleh menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.

Sebelum ini, telah ditular mesej menerusi aplikasi 'whatsapp' atas nama 'Amanah Membina Negara' yang menggunakan petikan titah Sultan Nazrin semasa menjadi Raja Muda Perak di Kongres Pendidikan Melayu Kedua yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2005 dalam konteks yang salah.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Zahidi berkata, dalam titah tersebut baginda menzahirkan kupasan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan dan kekuatan bangsa Melayu dan pentingnya bangsa bersifat merdeka dan dimerdekakan jiwa, dibebaskan minda, diperkaya dengan nilai-nilai positif, bebas mendaki puncak pengetahuan, bebas menyelami lautan ilmu serta dibina keyakinan bangsa.

"Baginda menegaskan agama, pemimpin, keluarga, masyarakat serta ilmu dan pendidikan mempunyai peranan kuat dalam budaya masyarakat Melayu. 

"Baginda memperingatkan agar bangsa perlu berwaspada supaya tidak terlalu cepat terperangkap dan begitu mudah mengulangi ungkapan-ungkapan negatif yang merendahkan martabat.

"Sepanjang titah, Baginda tidak sama sekali mengait atau menzahirkan ungkitan terhadap mana-mana kaum di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zahidi berkata, Sultan Nazrin Shah telah disembah maklum oleh Polis Diraja Malaysia mengenai kejadian melempar bom petrol ke dalam sebuah kedai serbaneka di Bidor 26 Mac lalu.

"Baginda menyifatkan perbuatan permulaan yang berlaku ini adalah petanda yang membimbangkan dan hendaklah diberikan perhatian serius melalui tindakan tegas supaya api perkauman segera dibendung daripada merebak lebih luas.

"Baginda mempercayai majoriti rakyat Malaysia, bersikap sikap rasional, moderat dan mengutamakan hubungan harmoni dan keamanan.

"Sultan Nazrin Shah juga memberi jaminan untuk memberi naungan dan lindungan kepada setiap rakyat di negara ini daripada pelbagai kaum dan menganut pelbagai agama, secara adil dan saksama agar dapat terus hidup dalam rukun dan damai sama-sama membina dan membangunkan negara yang aman lagi makmur," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ketegasan Kerajaan Cegah Rasuah Isyarat Penting Pupuk Persekitaran Perniagaan Telus, Adil - Sultan Nazrin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang