web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ketegasan Kerajaan Cegah Rasuah Isyarat Penting Pupuk Persekitaran Perniagaan Telus, Adil - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 12:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Langkah-langkah tegas pencegahan rasuah memberi isyarat penting kesungguhan kerajaan mahu memupuk persekitaran perniagaan yang telus lagi adil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah, negara menghadapi cabaran besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi justeru tatakelola yang baik sangat diperlukan bagi membina keyakinan pelabur.

"Negara tidak terkecuali mendepani cabaran landskap ekonomi global yang lebih rumit dipengaruhi dinamik geopolitik, hubungan perdagangan dan pakatan ekonomi kuasa-kuasa besar.

"Malaysia tidak terlepas daripada kesan negatif akibat peperangan Ukraine-Rusia serta konflik berpanjangan Palestin-Israel yang menjadi bertambah berat dengan peperangan yang sedang berlaku di Gaza, titah Sultan Nazrin pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Titah baginda, usaha kerajaan memberi tumpuan kepada sektor-sektor pertumbuhan baharu merupakan inisiatif strategik yang mampu meletakkan ekonomi negara lebih berdaya saing di peringkat global dan amat penting untuk Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni.

Baginda menegaskan, negara yang stabil, aman dan harmoni akan berupaya membangunkan negara yang makmur sekali gus melimpahkan kemakmuran negara untuk manfaat rakyat jelata.

"Negara yang stabil, aman dan harmoni akan dapat membangunkan warga yang kuat untuk membina negara yang kuat.

"Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan, warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan, tetapi warganya berminda pintar, memilih untuk menggabungkan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan," titah baginda.

Sultan Nazin bertitah warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah.

Menyentuh mengenai pentadbiran negeri, baginda bertitah, Majlis Sukan Negeri mengambil langkah strategik memberi fokus mengupayakan dan memperkasakan sukan berprestasi tinggi.

Titah baginda, antaranya program pembangunan atlet dan jurulatih, mewujudkan prasarana sains sukan dan peralatan berteknologi tinggi serta memperkukuh persatuan dan pengurusan kejohanan di pelbagai peringkat.

"Kerajaan cakna akan keperluan penyediaan kemudahan sukan yang kondusif dan selamat.

"Dengan kerjasama, bantuan dan peruntukan Kementerian Belia dan Sukan, beberapa projek pembinaan dan menaik taraf kemudahan sukan telah dilaksanakan di negeri Perak, antaranya pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk, projek naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak dan projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Kampar," titah Sultan Nazrin.

Baginda turut berkongsi kejayaan dicapai negeri antaranya bandar raya Ipoh kini berada dalam peta muzik dunia setelah berjaya menerima pengiktirafan Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dan Majlis Perbandaran Taiping yang diiktiraf sebagai Destinasi Alam Mesa Muslim Terbaik sempena Anugerah Pelancongan Islam Dunia 2023.

"Majlis Daerah Selama mencipta kejayaan menerima tiga anugerah inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan melalui usaha menggerakkan kegiatan ekopelancongan berasaskan komuniti yang melibatkan 49 pengusaha tempatan sebagai rakan strategik pelancongan; pendekatan yang telah meningkatkan dua puluh enam peratus kedatangan pelancong ke Selama dalam tahun 2023," titah baginda. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Henti Cari Keburukan, Sebar Fitnah Dan Aib - Sultan Nazrin

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Tahanan PPA Batu Gajah Berterima Kasih Atas Sumbangan Hidangan Makanan Sultan Nazrin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 23 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Luar Negara 23 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan