web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tahanan PPA Batu Gajah Berterima Kasih Atas Sumbangan Hidangan Makanan Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 5:24PM

Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Datuk Seri Azizul Hassan (kanan) bersama Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Penolong Komisioner Penjara, Marzuki Azmi Bidi (kiri) beramah mesra bersama tahanan pada majlis penyerahan sumbangan makanan kepada orang tahanan bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah di sini, bersyukur dan berterima kasih, atas sumbangan hidangan makanan tengah hari yang dibiayai Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-67 yang disambut hari ini.

Seramai 480 tahanan di PPA itu, menerima sumbangan makanan yang diserahkan oleh Orang Besar Jajahan Kinta Datuk Ab Wahab Azizul Hassan, yang mewakili baginda. 

Turut hadir, Pengarah PPA Batu Gajah, Penolong Komisioner Penjara Marzuki Azmi Bidi.

Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,100 banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan PPA Batu Gajah.

Sumbangan dari pembiayaan Sultan Perak sendiri itu, atas sifat prihatin dan ihsan baginda terhadap kebajikan banduan dan tahanan terlibat.

Sementara itu, seorang tahanan yang dikenali sebagai Langs, 31, yang berasal dari Sabah meluah rasa syukur atas perkenan Sultan Nazrin menaja makanan untuk tahanan di PPA itu.

"Kami berterima kasih kepada baginda atas sifat prihatin baginda terhadap kebajikan tahanan seperti kami dan ia secara tidak langsung memberi kami semangat untuk terus mengubah hidup kami apabila keluar kelak," katanya.

Seorang lagi tahanan Erieyna, 26, berkata, sumbangan itu membuktikan golongan seperti mereka tidak dipinggirkan.

"Sudah pasti tahanan seperti kami memerlukan semangat agar kami diberikan peluang kedua dan tajaan ini secara tidak langsung mencerminkan sifat ihsan baginda terhadap kami," katanya yang berazam untuk mengubah kehidupan selepas dibebaskan dari pusat itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Ketegasan Kerajaan Cegah Rasuah Isyarat Penting Pupuk Persekitaran Perniagaan Telus, Adil - Sultan Nazrin

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Henti Cari Keburukan, Sebar Fitnah Dan Aib - Sultan Nazrin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000