web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 9:45PM

Gambar - Jabatan Imigresen Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah kondominium mewah di Jalan U-Thant di sini, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammaed Saupee Wan Yusoff berkata, mereka terdiri daripada warga China dan Myanmar berusia 35 hingga 56 tahun dan ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan kerja sosial.

"Operasi ini dilaksanakan setelah mendapat aduan awam berhubung kegiatan warga asing yang menjalankan 'pusat 'perkhidmatan pelanggan' secara dalam talian dipercayai melanggar undang-undang.

"Selain itu, beberapa unit kondominium tersebut dipercayai digunakan sebagai pusat aktiviti penipuan dengan penglibatan scammer terdiri daripada sekumpulan warga asing bagi tujuan pelaburan dalam talian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Politik 22 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 22 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai