web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bekas Pengarang Urusan Bernama Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2022 12:25PM

Mohamad Nasir Yusoff - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarang Urusan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Mohamad Nasir Yusoff, meninggal dunia hari ini pada usia 62 tahun.

Anak sulung Allahyarham Nur Nadzmi Nasirah Mohamad Nasir berkata arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), selepas mengadu kepenatan sejurus mendarat dari Miri, Sarawak.

“Selepas turun daripada pesawat, arwah mengadu berasa mengah dan penat sangat lalu meminta untuk baring. Tidak lama selepas itu arwah dah tak ada (meninggal). Arwah baru pulang beraya di Miri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata jenazah ketika ini berada di Jabatan Forensik Hospital Serdang dan dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.

Nasirah yang sedang hamil tujuh minggu, berkata beliau sedikit ralat kerana arwah bapanya yang sangat gembira dengan berita kehamilannya, tidak dapat melihat cucu yang bakal lahir.

Mohamad Nasir yang memulakan perkhidmatan di Bernama pada 1 Oktober 1983 dan bersara wajib pada 7 Mac 2020, meninggalkan isteri Halimah Piee dan empat anak, iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin menyifatkan arwah sebagai seorang rakan sekerja yang berdedikasi sepanjang berkhidmat di Bernama.

“Saya kehilangan seorang rakan baik dan berasa amat sedih apabila menerima berita tentang pemergian arwah pagi tadi,” katanya.

Ketua Pengarang BERNAMA Khairdzir Md Yunus pula berkata Allahyarham, yang pernah bertugas sebagai Koresponden Bernama di Jakarta, Indonesia turut aktif dan memainkan peranan besar dalam merapatkan hubungan antara wartawan serumpun Malaysia-Indonesia semasa beliau masih bertugas di Jakarta mahupun sekembalinya ke tanah air.

“Ini terutamanya menerusi penglibatan aktif beliau dalam Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI)  sejak beberapa tahun  lepas.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat dunia kewartawanan serumpun baik di Malaysia mahupun di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan apa juga tugasan yang diamanahkan kepada beliau, selain kreatif dan banyak memberi idea terutamanya sewaktu beliau memimpin Meja Rencana.

Katanya arwah juga seorang yang peramah, baik hati serta  tidak lokek membantu sesiapa baik wartawan lama mahupun yang baru. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 5 hari yang lalu

Hotel Transit Lapangan Terbang Mewah Pertama Di Malaysia Kini Beroperasi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 9 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 12 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad