web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TFC Di Kedudukan Teratas Liga, Benam Kelantan 3-0

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2024 11:25AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC (TFC) mencatat kemenangan kedua apabila mengutip tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas kedudukan Liga Super dengan menumpaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 3-0 malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Kuala Terengganu menyaksikan pasukan tuan rumah memperoleh jaringan pertama menerusi pemain import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-35.

Jaringan itu dibuat selepas TFC menerima sepakan penalti daripada pengadil, Muhammad Shukor Zulkiflee yang mengesahkan pertahanan KDN FC menjatuhkan Muhammad Safawi Rasid selepas memeriksa video bantuan pengadil (VAR).

KDN FC yang diketuai Oday Kharoub cuba bangkit melakukan serangan balas namun gagal apabila skuad Penyu yang menguasai permainan menggandakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov.

TFC di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner berada di kedudukan selesa apabila Manuel Ott menjaringkan gol ketiga pada minit ke-47 sekali gus menceriakan lebih 13,000 penonton tuan rumah dan keputusan kekal 3-0 hingga ke wisel penamat.

Tiga mata diperoleh membawa TFC ke tangga teratas kedudukan Liga Super dengan tujuh mata keseluruhan sekali gus memotong pasukan gergasi Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala KDN FC jatuh tiga anak tangga di kedudukan tercorot tanpa mata.

Sementara itu, satu lagi aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah menyaksikan Perak FC mengatasi tuan rumah Kedah Darul Aman FC (KDA) 2-0.

Pemain import Korea Selatan, Lee Tae Min menjadi wira pasukan apabila menghadiahkan dua jaringan pada minit ke-16 dan 76 untuk memberi pasukan pelawat tiga mata untuk melonjak ke tangga keenam daripada kedudukan tercorot manakala Kedah di tangga kedua terakhir carta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

2

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Euro 2024: Sepanyol Atasi Crotia, Itali Tewaskan Albania

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran