web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Euro 2024: Sepanyol Atasi Crotia, Itali Tewaskan Albania

Sukan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 12:52PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Sepanyol memastikan permulaan sempurna dalam Euro 2024 selepas menewaskan Croatia dengan tiga gol manakala Itali bangkit menewaskan Albania 2-1 dalam Kumpulan B pada Sabtu.

Tiga gol separuh masa pertama dijaringkan Alvaro Morata, Fabian Ruiz dan Daniel Carvajal membolehkan Sepanyol memulakan kempen Euro 2024 mereka dengan cemerlang dalam Kumpulan B manakala Croatia tidak memberi ancaman kepada pertahanan Sepanyol sepanjang 90 minit berlangsung.

Sepanyol memecah kebuntuan pada minit ke-30 apabila hantaran Ruiz menemui Morata, dan melepasi penjaga gol Dominik Livakovic.

Pasukan Luis de la Fuente segera menjaringkan gol kedua hanya tiga minit kemudian apabila Ruiz menjaringkan rembatan rendah ke sudut kanan.

Croatia ketinggalan 3-0 pada akhir separuh masa pertama selepas Carvajal menyudahkan hantaran daripada Lamine Yamal, yang menjadi pemain termuda pernah muncul dalam kejohanan pada usia 16 tahun dan 338 hari.

Croatia hampir menjaringkan gol namun rembatan berbahaya Josip Stanisic berjaya disekat pihak lawan manakala Simon menyelamatkan tandukan Andrej Kramaric.

Dalam perlawanan lain Kumpulan B, Itali bangkit dari ketinggalan 1-0 apabila Alessandro Bastoni membatalkan gol pembukaan Nedim Bajrami sebelum gol kemenangan Nicolo Barella 2-1 memastikan Itali meraih tiga mata penuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Peluang Harimau Malaya Cipta Sejarah Semakin Tipis

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 15 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Sukan 11 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian