web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selangor Jadi Sasaran Tangan Ghaib, Polis Digesa Segera Tangkap Pelaku

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 2:19PM

Faisal Halim melecur tahap empat selepas diserang menggunakan asid awal bulan lalu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Peminat Selangor percaya kelab kesayangan mereka menjadi sasaran tangan ghaib selepas seorang lagi pemain, Ahmad Khuzaimi Piee menjadi sasaran penjenayah semalam.

Kediaman pemain pertahanan itu dipecah masuk ketika dia sedang menjalani latihan.

Pada 6 Mei lalu, pemain sayap Faisal Halim disimbah asid oleh penyerang tidak dikenali, menyebabkan dia melecur pada tahap empat.

Insiden tersebut berlaku di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Johan Kamal Hamidon pula menerima panggilan telefon yang mendakwa dia adalah mangsa seterusnya.

Dilaporkan, Johan menerima panggilan tersebut ketika melawat Faisal di hospital. Dia turut membuat laporan polis susulan panggilan.

Peminat memberitahu The Vibes, kejadian terbaru menimpa Khuzaimi bukan satu kebetulan kerana jurulatih dan CEO kelab turut diugut.

Kenderaan polis yang tiba di rumah Khuzaimi Piee selepas kediamannya dipecah masuk - Gambar Instagram
Kenderaan polis yang tiba di rumah Khuzaimi Piee selepas kediamannya dipecah masuk - Gambar Instagram

Seorang peminat berusia 38 tahun dikenali sebagai Fathi berpendapat, motif semua serangan ialah mewujudkan ketakutan dalam diri pemain.

Katanya, ia dilakukan untuk menjatuhkan moral pemain.

“Ia untuk menyebabkan semua pemain takut dan gagal memberi persembahan terbaik ketika perlawanan.

“Sudah pasti pemain akan memberi keutamaan kepada keselamatan diri dan keluarga melebihi segala-galanya.

“Mereka mungkin tidak akan turun berlatih kerana perlu meninggalkan keluarga. 

“Saya bimbang dengan senario ini. Saya harap tindakan pengecut ini segera dihentikan,” katanya.

Semalam, kediaman Khuzaimi di Shah Alam dipecah masuk sewaktu dia sedang berlatih.

Menurut polis, dua suspek menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) memecah masuk rumah dan melarikan sebuah motosikal Yamaha Y15, empat beg sandang berjenama dan sekeping pasport.

Hantaran Khuzaimi Piee di Instastory mengenai motosikalnya yang dicuri - Gambar Instagram
Hantaran Khuzaimi Piee di Instastory mengenai motosikalnya yang dicuri - Gambar Instagram

Susulan serangan terhadap Faisal dan  ugutan ke atas pegawai pasukan Selangor FC, Khuzaimi kini bimbang keselamatan keluarganya.

Dia risau alamat rumahnya jatuh ke tangan yang salah selepas pasport antarabangsa miliknya dicuri perompak.

Seorang peminat di Klang berkata, adalah jelas Selangor sudah menjadi sasaran pihak tertentu.

Katanya, walaupun terdapat dua pemain dari Terengganu dan Johor yang turut dirompak bulan lalu, tiada pegawai atau pemain mereka menerima serangan seperti Faisal.

“Saya rasa ada agenda terhadap Selangor. Mula-mula Faisal, kemudian CEO dan petugas pula diugut.

“Sekarang kediaman Khuzaimi dirompak. Ia akan memberi kesan kepada fokus pemain.

“Sudah tentu kelab boleh menawarkan keselamatan ketika latihan tapi di rumah, melainkan jika mereka mengupah pengawal peribadi, siapa yang mahu menjamin keselamatan mereka?

“Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku ke atas mana-mana pemain, khususnya untuk Liga Malaysia.

Seorang lagi peminat dari Meru berkata, keadaan akan menjadi tidak terkawal jika polis gagal memberkas pihak yang bertanggungjawab melakukan semua serangan dan ugutan.

Katanya, pemain Selangor lain bimbang jika mereka turut mengalami serangan asid seperti yang menimpa Faisal.

“Sama ada penyerang ada agenda sendiri terhadap Selangor atau tidak, itu perkara lain. Tapi pemain lain pasti bimbang serangan sama boleh menimpa mereka.

“Saya ada mendengar banyak khabar angin. Orang ramai tidak akan berhenti membuat spekulasi sendiri. Polis perlu segera bertindak dan mencari individu bertanggungjawab supaya pemain kembali merasa selamat.

“Saya rasa sedih untuk pemain yang perlu berjaga-jaga setiap masa. Isteri dan anak mereka juga pasti merasa bimbang,” kata peminat berusia 45 tahun itu.

Idzwan Zainuddin, 38 di Shah Alam pula berkata, Khuzaimi mungkin menjadi mangsa serangan secara semberono.

“Saya tak rasa ia sudah dirancang atau Selangor menjadi sasaran, melainkan ada lebih ramai pemain diserang dan cedera.

“Ugutan terhadap CEO dan petugas mungkin dibuat oleh pihak yang mahu melihat pasukan Selangor goyah.

“Buat masa sekarang, saya tak percaya kami (pasukan Selangor) menjadi sasaran,” katanya. - The Vibes, 24 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Politik 9 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar