web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Politik Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 4:00PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Pengundi muda memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, esok.

Justeru, calon PH, Dr Joohari Ariffin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyeru golongan berkenaan termasuk yang menetap di luar kawasan agar pulang mengundi esok, sebagai tanda menghargai kerja keras Kerajaan Perpaduan.

Joohari berkata, sokongan pengundi muda akan menjadi petanda baik bagi masa depan Sungai Bakap dan beliau berjanji akan menubuhkan pusat sehenti untuk meningkatkan kemahiran belia kawasan itu jika diumumkan sebagai pemenang esok.

“Latihan teknikal dan vokasional, serta celik komputer boleh menyediakan kemahiran yang boleh membawa kepada pekerjaan berkualiti,” katanya.

Dalam usaha untuk menarik pengundi muda, Joohari baru-baru ini dilihat mendekati belia yang berminat dalam sukan digital melalui program melibatkan sukan jenis itu atau kejohanan e-sukan.

“Selain media sosial, ini adalah salah satu pendekatan yang kami gunakan untuk mendekati golongan muda,” katanya.

PRK Sungai Bakap esok menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang juga Naib Pengerusi PAS Nibong Tebal.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada PAS/PN pada 24 Mei lalu akibat keradangan perut.

Kawasan itu mempunyai 39,279 pemilih berdaftar, di mana hampir 60% daripadanya adalah Melayu, diikuti Cina (22.54%), India (17.39%) dan lain-lain (0.71%).

Dalam perkembangan berkaitan, Chow pula berkata, peratusan keluar mengundi esok memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, PRK menyaksikan pertaruhan lebih rendah, dengan peratusan keluar mengundi sekitar purata 65 peratus. 

PH katanya memerlukan peratusan keluar mengundi sekitar 70 peratus untuk mengukuhkan kedudukan di DUN itu. 

“Kami menjangkakan pertarungan sengit. Setiap undian penting dan kami mahu penyokong dan mereka yang percaya kepada matlamat mewujudkan Malaysia yang lebih baik kembali ke Sungai Bakap dan mengundi,” katanya. 

Sementara itu, penganalisis politik Rahmad Isahak berkata, peratusan keluar mengundi mungkin bergantung kepada respons golongan belia terhadap isu-isu semasa.

Beliau berkata, terdapat banyak isu berteraskan Melayu yang mendominasi kempen tersebut.

Sebelum ini, Undi18 memberitahu The Vibes, ia telah mula mengadakan pelbagai program dalam talian menerusi media sosial bagi menarik pengundi muda kembali ke PRK Sungai Bakap.

Katanya, peratusan keluar mengundi belia dijangkakan sekitar 55 peratus memandangkan ramai yang bekerja dan belajar di luar Sungai Bakap.

Awal minggu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengundi Sungai Bakap khususnya golongan muda supaya memberi peluang kepada Joohari untuk mewakili mereka, agar  lebih banyak program dan pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan itu. – Getaran, 5 Julai, 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

3

Semasa 2 hari yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Semasa 3 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

oleh Wartawan Getaran