web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 1:15PM

Keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada 25 Jun lepas menggambarkan keunikan dan keutuhan hubungan Malaysia-Brunei. – Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keakraban hubungan Malaysia dan Brunei terserlah apabila Sultan Ibrahim berangkat ke negara jiran itu untuk mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini.

Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada 25 Jun lepas turut menggambarkan keunikan dan keutuhan hubungan kedua-dua ketua negara itu.

Beliau yang turut mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Brunei menyifatkan pertemuan berkenaan sebagai sesuatu yang cukup indah dan istimewa, malah berlangsung dalam suasana amat akrab.

"Biarpun Brunei bukanlah di dalam Malaysia, persaudaraan antara Raja-Raja Melayu itu yang membawa kepada perkenan Sultan Ibrahim untuk berangkat ke Brunei dan persembahkan sendiri warkah persilaan kepada Sultan Hassanal Bolkiah.

"Dalam bahasa istana ini ada gelaran tersendiri, pada majlis menghadap dan persembahan warkah persilaan itu Seri Paduka Baginda memanggil Sultan Hassanal Bolkiah sebagai abang manakala Sultan Brunei memanggil Sultan Ibrahim sebagai adik, ia sesuatu yang sangat istimewa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Azuan Effendy berkata dalam pertemuan itu juga, Sultan Brunei menzahirkan rasa terharu dan gembira atas keberangkatan Sultan Ibrahim untuk mempersembahkan warkah persilaan berkenaan.

Lebih istimewa, beliau berkata atas dasar keakraban kedua-dua negara, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah akan berangkat ke istiadat pertabalan Sultan Ibrahim walaupun pada minggu berkenaan Brunei meraikan Hari Keputeraan baginda.

"Biarpun ketika itu (20 Julai) Sultan Hassanal Bolkiah sibuk dengan pelbagai program kerana negara itu sendiri akan meraikan Hari Keputeraan Sultan Brunei ke-78 pada 15 Julai, baginda telah bertitah akan cuba mengubah acara-acara rasmi yang telah diatur semata-mata untuk hadir memberi sokongan kepada istiadat pertabalan Sultan Ibrahim," katanya.

Azuan Effendy berkata warkah persilaan yang diperbuat daripada kulit kambing adalah sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan perutusan bagi mengundang Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri serta kerabat diraja luar negara ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan diamalkan sejak sekian lama.

"Warkahnya juga tidak berubah, ditulis tangan dengan tulisan khat Jawi, menggunakan bahasa Melayu dan diletakkan di dalam kapsul khas sebelum dipersembahkan oleh rombongan kepada jemputan yang berkenaan," katanya.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Rais Tatarstan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia