web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 12:49PM

Gambar MAQIS Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menggagalkan cubaan membawa masuk daging lembu korban dari Bangladesh melalui pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, minggu lepas.

Pengarahnya Syed Fuad Syed Putra berkata pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguasa MAQIS pada 6 petang 26 Jun lepas di laluan ketibaan penumpang LTSIP mendapati daging lembu seberat 20 kilogram (kg) bernilai RM600 itu tidak mempunyai permit yang sah dan dijumpai disorok dalam kotak polistren.

Beliau berkata tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkendan menerusi laluan udara bertujuan menghalang risiko kemasukan penyakit kuku dan mulut (FMD) ke negara ini dan merosakkan industri penternakan negara.

"Seorang penumpang lelaki warga Bangladesh berusia 40-an ditahan ketika sedang memeriksa barangan yang dibawanya di balai ketibaan dan turut ditemukan 20 kg daging lembu korban dipercayai untuk diberikan kepada keluarganya di Rantau Panjang, Pasir Mas.

"Kesemua barang dagangan itu telah dirampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Fuad berkata perbuatan mengimport apa-apa jenis tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma tanpa permit import sah daripada MAQIS menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

3

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

4

Semasa 11 bulan yang lalu

24,000 Liter DIesel Dirampas Di Sibu

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik