web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2024 2:03PM

Universiti Islam Antarabangsa - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak memiliki sebarang masalah kewangan, seperti didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Jurucakap UIAM berkata, institusi itu sebagai sebuah universiti awam tidak dibenarkan membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan untuk perbelanjaan operasi. 

“Pengurusan UIAM ingin mengesahkan bahawa tiada sebarang pinjaman berbentuk hutang yang pernah diambil sehingga hari ini.

“Perkara ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan audit penyata kewangan oleh juruaudit bebas, KPMG Malaysia, yang telah memberi penarafan sijil bersih kepada UIAM untuk tiga tahun berturut-turut (2021 - 2023),” katanya.

Kelmarin, laporan LKAN 2/2024 mendedahkan, kedudukan kewangan UIAM secara keseluruhan didapati kurang stabil kerana mencatatkan kurangan terkumpul RM17.06 juta setakat 31 Disember 2022.

Universiti tersebut juga direkodkan sebagai tidak berupaya membayar balik hutang semasa dan jangka panjang kerana bergantung kepada geran kerajaan.

Menjelaskan hal itu, jurucakap tersebut berkata, kedudukan kewangan universiti berkurangan pada tahun 2022 disebabkan peruntukan besar bagi pelan manfaat persaraan untuk kakitangan yang akan bersara wajib.

Katanya, pada tahun kewangan berakhir 2022, sejumlah RM308.59 juta telah direkodkan sebagai komitmen keseluruhan bagi pelan manfaat persaraan tersebut.

“Pada awal pelaksanaan pembayaran ganjaran manfaat persaraan, pihak pengurusan berhasrat untuk tidak bergantung kepada geran khas kerajaan dan menggunakan sumber dalaman universiti bagi bayaran ganjaran perkhidmatan kakitangan bersara wajib. 

“Sehingga tahun 2023, hampir RM100 juta telah dibayar kepada kakitangan UIAM yang bersara menggunakan sumber dalaman universiti. Sebagai makluman, universiti awam lain dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya.

Jelas jurucakap itu, komitmen bayaran tahunan bagaimanapun mencatatkan peningkatan susulan pertambahan kadar inflasi, kenaikan gaji berperingkat sejak 2012 serta pola umur kakitangan yang semakin meningkat (persaraan).

“Kami telah membuat kajian dan mendapati sumber dalaman tidak lagi mencukupi untuk membiayai perbelanjaan ganjaran perkhidmatan kakitangan bersara wajib. 

“Tindakan telah diambil oleh pihak pengurusan dengan mengemukakan kertas kerja kepada Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan tambahan tahunan," katanya.

Beliau memberitahu, UIAM dijangka membelanjakan purata RM24 juta mulai tahun kewangan 2024.

"Jumlah ini dijangka meningkat selaras dengan pengumuman awal Perdana Menteri dalam usaha memperbaiki struktur baharu gaji kakitangan awam yang bakal dilaksanakan pada penghujung tahun ini,” katanya. - Getaran, 6 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Sempurnakan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman Di UIAM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jika Suara Ditindas, Kami Akan Kritik Kerajaan Baharu’ - Kesatuan Pelajar

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Pendaki Kinabalu OKU Challenge 2022 Berjaya Tawan Puncak Kinabalu

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Permaisuri Berangkat Ke World #QuranHour

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia