web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Jika Suara Ditindas, Kami Akan Kritik Kerajaan Baharu’ - Kesatuan Pelajar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 9:05AM

Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggariskan beberapa rayuannya kepada wakil rakyat yang baru dipilih selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir Sabtu lalu - Gambar laman web UIAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kesatuan pelajar mula menyuarakan tuntutan mereka terhadap pembaharuan dan tadbir urus yang baik kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pemimpin pelajar terkenal semasa zaman universitinya.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri ke-10 memberi semangat baharu kepada kesatuan itu untuk membangkitkan pelbagai isu berkaitan kebajikan pelajar, hak asasi manusia dan kebebasan akademik.

Dalam satu kenyataan disokong oleh 13 kesatuan pelajar lain, Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggariskan beberapa rayuannya kepada wakil rakyat yang baru dipilih selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berakhir Sabtu lalu.

“Dengan keyakinan baharu terhadap kerajaan baharu Malaysia dan wakil rakyat, kami ingin memberi perhatian kepada tuntutan kami, yang akan memberi manfaat kepada pelajar secara amnya.

“Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (biasa dipanggil AUKU) harus digantikan dengan akta baharu yang benar-benar memenuhi keperluan pelajar. Manakala kesatuan pelajar perlu ditubuhkan di peringkat kebangsaan di semua universiti.

“Menteri Pengajian Tinggi juga harus menjadi pemimpin yang cekap,” katanya.

Tambah kesatuan itu lagi, mereka tidak sabar untuk berkomunikasi dan berhubung secara meluas dengan kerajaan baharu untuk manfaat pertubuhan pelajar di seluruh negara.

Bagaimanapun, kesatuan itu memberi amaran kepada kerajaan bahawa ia tidak akan mengambil bahagian dalam perkara yang menjejaskan kebajikan pelajar. 

Katanya, keputusan membuka pintu untuk kerjasama pada masa hadapan tidak seharusnya dilihat sebagai isyarat kepatuhan secara membabi buta.

“Sejak penubuhannya pada 2019, Kesatuan Pelajar UIAM sentiasa berfungsi sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengkritik tindakan kerajaan dan mengambil langkah yang perlu jika sebarang keputusan mengabaikan atau menindas suara dan hak pelajar.

“Jika suara kami ditindas dan diabaikan, kami akan mengkritik dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Organisasi lain yang menyokong kenyataan itu termasuk Kesatuan Pelajar Universiti Malaya (UM), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah, dan Persatuan Belia Harmoni Malaysia.

Anwar terkenal sebagai seorang pemimpin pelajar yang tegas dan berpengaruh di UM sebelum menjadi ahli politik dengan menyertai UMNO pada 1982 atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau pernah mengetuai beberapa siri demonstrasi oleh pelajar universiti di Baling pada 1974 bagi menyuarakan penderitaan penduduk luar bandar dan golongan petani. 

Perhimpunan di Kedah yang berlangsung selama lebih seminggu, menyaksikan kira-kira 30,000 individu berkumpul untuk membantah penurunan harga getah yang menjejaskan petani dan pekerja ladang.

Anwar secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 petang semalam selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pelantikan itu sekali gus menamatkan kemelut politik negara selepas tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan – The Vibes, 26 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia