web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2024 3:52PM

Perdana Menteri ketika berucap di majlis pecah tanah KIGIP hari ini - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Reformasi ke atas dasar yang melibatkan program pembangunan perlu dilipat ganda bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu juga bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan glokal. 

Menurut beliau, perkara itu disentuh sewaktu berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), Kerian, Perak hari ini. 

“Marcapada menuntut perubahan dari pelbagai sudut dan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi terkini seperti di KIGIP.

“Ia adalah projek ikonik berlandaskan kepada konsep green and smart industrial park yang pertama di Malaysia,” katanya.

Jelas Perdana Menteri, projek ini direncanakan bagi menarik pelaburan berteknologi dan berdaya maju seperti pusat data logistik serta industri berasaskan pengetahuan, sesuai dengan kedudukannya yang strategik.

“Sayugia, dengan kebersamaan semua pihak terkait, KIGIP akan melengkapi limpahan permintaan industri di Pulau Pinang dan Kulim High Tech Park.

“Ia akan menjadi contoh pembangunan tanam industri dan hub teknologi hijau di peringkat serantau, Insya Allah,” katanya. 

Gambar PMO
Gambar PMO

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika berucap pada Majlis Kunjungan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang  atau lebih dikenali sebagai High School Bukit Mertajam (HSBM) berkata, Kementerian Pendidikan (КРМ) perlu memberi lebih penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi menyokong pembangunan negara.

Tegas beliau, penguasaan dalam kesemua subjek berkenaan amat mendesak, susulan perubahan dalam bidang kurikulum.

“Ia selaras dengan kewujudan cabang baharu seperti kecerdasan buatan (Al), transisi tenaga hijau, teknologi digital dan media sosial,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA. 

Turut hadir mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, penguasaan subjek tersebut oleh pelajar harus seiring dengan penggunaan Bahasa Melayu dan turut menitikberatkan soal akhlak yang merangkumi nilai murni seperti hormat-menghormati.

"Anda (pelajar) mesti juga memastikan Bahasa Inggeris memiliki penguasaan yang kuat. Bahasa Melayu harus dimantapkan manakala Bahasa Inggeris harus dikembangkan," katanya. - Getaran, 30 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Syahid Dibunuh Zionis, Pemergian Pelajar UUM Warganegara Palestin Kehilangan Besar 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

Semasa 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM