web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 8:27AM

Dr Mohd Arifin Mohd Arif - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menggesa ibu bapa dan keluarga kepada pelajar Sabah yang sedang menuntut di Asia Barat supaya bertenang berikutan konflik yang semakin memuncak di rantau itu.

Beliau berkata kerajaan Sabah dari semasa ke semasa berhubung dengan Wisma Putra dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang sedang memantau keadaan itu terutamanya di Mesir dan Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan situasi tersebut.

Mohd Arifin berkata beliau sendiri telah berhubung dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkenaan perkara itu dan diberitahu Wisma Putra serta Kementerian Pendidikan Tinggi sudah bersedia untuk sebarang situasi termasuk membawa pulang pelajar tersebut.

"Setakat ini terdapat 248 anak Sabah yang sedang menuntut di Mesir, 79 orang di Jordan dan sembilan orang di Arab Saudi. Mereka ini belajar di beberapa universiti dalam pelbagai jurusan dan mendapat biasiswa, dermasiswa dan ada juga yang belajar dengan biaya sendiri.

"Antara penaja mereka adalah Biasiswa Kerajaan Sabah, Yayasan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah, dan Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya.

Mohd Ariffin berkata beliau dan pihak Yayasan Sabah juga sentiasa berhubungan dengan wakil yang menjaga anak-anak Sabah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi mengenai situasi semasa anak-anak itu di tiga negara berkenaan.

"Kita juga ada pengalaman menyelaras dan memantau malah membuat penghantaran balik anak-anak Sabah ke tanah air ketika krisis politik yang berlaku di Mesir sebelum ini," katanya sambil memohon supaya semua pihak berdoa agar anak Sabah yang berada di luar negara berada dalam keadaan baik, tenang dan selesa menjalani pengajian mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

3

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pernah Melihat Mereka? Sila Hubungi Polis Jika Ada

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 10 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental