web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Jun 2024 6:27PM

Dua lelaki Bajau Laut sedang menyelam sambil menangkap sotong kurita - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas dalam mencari jalan penyelesaian bagi isu berkaitan kewarganegaraan di Sabah.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Majlis Kepimpinan Mahasiswa (MKM)  menerusi kenyataan bersama berkata,  cadangan itu dibuat susulan pengusiran dan pemusnahan beberapa penempatan komuniti Bajau Laut di Taman Marin Tun Sakarin. 

“AMK bersama MKM mengakui isu warga tanpa negara Bajau Laut ini adalah isu yang kompleks dan tidak boleh diselesaikan secara mudah. 

“Namun, kami berdukacita akan kes pengusiran dan pemusnahan beberapa kampung komuniti Bajau Laut,” kata kenyataan itu.

Justeru, AMK dan MKM berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu dilihat sebagai langkah yang proaktif dan ia diharap berupaya memastikan isu kewarganegaraan di Sabah ditangani dengan lebih menyeluruh.

“Jawatankuasa ini diharapkan dapat merangka satu pelan jangka masa panjang bagi menoktahkan isu ini dengan menyediakan perancangan yang lebih tersusun serta menilai kembali perundangan, dasar dan prosedur yang sedia ada,” katanya.

Sebelum ini tindakan kerajaan negeri mengusir 1,500 dan memusnahkan 273 rumah Bajau  Laut di tujuh pulau kawasan Taman Marin Tun Sakarin, Semporna mengundang kritikan hebat daripada pelbagai pihak. 

Bagaimanapun kerajaan negeri tampil mempertahankan tindakan tersebut dengan berkata, ia sah dilakukan kerana notis arahan pengosongan telah diedarkan bermula 2 hingga 4 Mei lalu.

Kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, operasi itu dijalankan atas faktor keselamatan susulan insiden tembakan di Teluk Darvel serta kegiatan jenayah rentas sempadan di lokasi berkenaan. - Getaran, 11 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi