web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjuangan Sinematik Marc Abas

Filem & TV Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 8:11AM

Marc Abas menghabiskan 21 tahun sebagai seorang seniman jalanan. – Gambar Jason Santos

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebelas tahun lalu, Marc Abas menceburi dunia perfileman dengan visi yang berani.

Sejak bertahun lalu, beliau mengambil pendirian untuk mencipta filem Sabah yang asli dari segi budaya dengan menyelitkan naratif ‘perjalanan wira’ yang tidak lapuk ditelan zaman.

Hari ini, selepas menghasilkan sembilan filem dengan filem kesepuluh "Mad Mamai" bakal ditayangkan pada Jun, Abas berdiri sebagai bukti semangat serta ketabahan, yang membawa simbol penentangan bajet besar dan pemain berpengaruh.

Perjalanan datuk kepada dua cucu ini dalam pembikinan filem sebenarnya luar daripada kebiasaan.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang "pengembara tanpa arah", beliau menghabiskan 21 tahun sebagai seorang seniman jalanan selepas beralih pekerjaan dalam sektor awam – dari perkhidmatan kebajikan kepada mengajar.

Bagaimanapun, seruan kepada sinematik amat kuat untuk Abas. 

"Saya ingin hidup dengan seni – seni yang dapat bergerak, bercakap, dan bersinar, yang dapat menceritakan banyak kisah dalam satu kanvas," kata anak kelahiran Penampang ini.

Justeru pada 2010, Abas menceburi dunia perfileman sebagai pelakon untuk bekerja di bawah lebih 20 pengarah, kebanyakannya dari Semenanjung, serta berpeluang memainkan pelbagai watak penjahat atau pelakon tambahan, sambil mempelajari selok-belok seni dan bekerja untuk mereka seperti ‘macai’. 

“Daripada semua pengarah, kesemua mereka mempunyai asas yang sama: pandai menggunakan kamera, teliti dalam menyunting dan menjaga pelakon mereka. Tetapi saya juga belajar daripada kelemahan mereka. Dengan mengelak daripada mengulangi kelemahan sama, saya percaya saya boleh menjadi pengarah yang lebih baik,” kata Abas yang menyedari menjadi pengarah lebih sesuai untuknya berbanding berlakon.

Semangatnya untuk menjadi pengarah dikuatkan lagi dengan pelbagai insiden. Satu detik penting ialah semasa uji bakat untuk filem 2018, Tangisan Kinabalu.

Beliau diminta melakonkan adegan seorang bapa memarahi anak perempuannya, protagonis, dan memberitahunya agar tidak mendaki Gunung Kinabalu.

Arahan yang diberikan tidak betul dengan ungkapan budaya Sabah.

"Seorang bapa berketurunan Sabah mungkin akan berkata, 'Bagus-bagus kau sana. Saya tempiling kau, melekat kau di dinding' (Lebih baik kamu dengar cakap aku, atau aku tampar kamu dan kamu akan melekat pada dinding).

"Sebaliknya, saya diberitahu menyampaikan ayat yang keras dan lantang dalam bahasa Melayu ‘Kau jangan lagi naik gunung. Kau lawan cakap bapa!”

"Rasanya seperti bukan orang Sabah mengajar rakyat Sabah cara untuk bercakap seperti orang Sabah," katanya.

Walaupun Abas adalah pilihan pertama pembuat filem, beliau tidak terpilih. Tetapi itu tidak mengecewakan kerana sebenarnya, beliau tidak berminat untuk memainkan watak tersebut. 

Insiden terbabit menguatkan lagi alasan bahawa beliau sepatutnya mengarah filem dan bukan hanya berlakon.

Dengan menjadi pengarah, Abas akan mempunyai lebih banyak kawalan dan menjadikannya seautentik mungkin sebagai "Sabahan" kerana beliau sudah menetapkan matlamat utamanya bukan untuk memperoleh kekayaan, tetapi kemasyhuran apabila setia dengan akar umbinya sendiri.

Abas seterusnya membiayai projek filem pertamanya dan mengeluarkan filem Home of Hope pada 2013 dalam bentuk DVD dan menjual 1,500 salinan pada harga RM25 setiap satu.

Beliau berkata, bajet sederhana juga berpotensi menghasilkan filem yang bagus dan selepas membayar krew dan pelakon menggunakan hasil jualan DVD, lebihan itu kemudiannya dilaburkan buat membikin filem seterusnya.

Abas mengulangi formula yang sama sehingga filem ketujuh dan pada projek filem kelapan, karyanya mula menerima perhatian FINAS.

Beliau menerima dana RM400,000 daripada FINAS untuk menghasilkan Avakas dan filem kesembilan, Silence of the 177.

Avakas berkisar kepada kisah lampau sewaktu budaya memburu kepala masih diamalkan di Sabah manakala Silence of the 177 diolah berdasarkan Memorial Perang Petagas atau Pemberontakan Jesselton.

Walaupun bantuan FINAS menjadi pendorong besar kepada usahanya, Abas melihat dirinya tidak layak menerima bantuan itu dan melihat ia sebagai ‘wang ihsan’ untuk pembuat filem kecil yang tidak menghasilkan filem 'box office' sepertinya.

Namun, beliau berbangga dengan penghasilan Avakas pada 2020 dan melihat filem itu sebagai satu peristiwa penting.  

Abas bukan sahaja mengarah, membikin dan menulis skrip, tetapi juga memainkan watak protagonis dan membayar semua pelakon.  

Filem itu kemudiannya berjaya ditayangkan di San Francisco dan London serta memenangi pengiktirafan negara luar, malah turut memperoleh penarafan 7.7 bintang di IMDb.

Abas berkata, industri perfileman di Sabah masih jauh kerana masih di peringkat permulaan.

Beliau berkata adalah mustahil untuk bersaing dengan pembikin filem di Semenanjung yang industrinya telah wujud kira-kira 80 tahun lalu.

Beliau mengakui, untuk mencapai kejayaan besar dalam pembikinan filem adalah sesuatu yang mencabar di Sabah.

"Terdapat 12 pawagam di Sabah, kebanyakannya terletak di bandar seperti Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau dan Papar.

"Golongan muda di bandar mempunyai citarasa yang berbeza dalam filem. Mereka akan membelanjakan wang untuk filem Hollywood berbanding filem saya. Saya tidak kata filem saya tidak mempunyai pengikut, ada tetapi kebanyakan penonton saya tinggal di tempat seperti Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, dan Kota Belud,” jelasnya.

Abas berkata filem-filemnya mendapat sehingga 300,000 tontonan dalam talian, tetapi kutipan di pawagam hanya mampu mencecah sehingga RM18,000.

Beliau juga bimbang dengan golongan kehadiran tamak yang cuba menyekat peluang rakan pembuat filem Sabah lain mendapatkan dana bagi projek filem mereka.

Abas berkata, pembikin filem dari luar Sabah yang ingin mendapatkan dana kini cuba memperoleh sebahagian daripada dana yang diperuntukkan agensi seperti FINAS untuk negeri itu. 

"Setiap tahun, mereka datang dan membentangkan projek kepada FINAS. Bajet untuk Sabah dan Sarawak tidak besar, mungkin sekitar RM3 juta. Tetapi selepas mendapat dana di tempat lain, kumpulan ini datang ke Sabah untuk tujuan yang sama. Bilangan mereka tidak ramai, tetapi lebih ramai lagi akan datang dan cuba mendapatkan dana yang diperuntukkan untuk Borneo," katanya.

Kata Abas, kumpulan itu bukan sahaja tidak begitu memahami budaya Sabah, tetapi datang dan membentangkan projek mereka kepada FINAS serta menghasilkan karya yang langsung tidak menggambarkan budaya, gaya atau amalan rakyat negeri ini.

Baru-baru ini, Abas turut berdepan dengan beberapa kontroversi apabila beliau membangkitkan kebimbangan di media sosial yang berkemungkinan terlepas tayangan filem kesepuluhnya pada Jun, "Mad Mamai".

Bagaimanapun, isu itu telah diselesaikan, dan beliau kini fokus untuk bergerak ke hadapan. – The Vibes, 29 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pernah Melihat Mereka? Sila Hubungi Polis Jika Ada

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

Selebriti 12 jam yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

Ia susulan isu mengenai pengajaran atau ceramah yang disampaikan ustaz itu disyaki melanggar beberapa Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Hiburan Getaran