web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2024 12:56PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kemiskinan tegar di Sabah, dinoktahkan sebelum akhir Julai tahun ini.

Beliau yang memberi keutamaan kepada usaha menoktahkan kemiskinan khususnya di Sabah, yakin sasaran tersebut mampu dicapai berikutan bilangan ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di negeri itu menurun daripada 20,000 kepada 9,000, setakat ini.

Isu kemiskinan tegar di Sabah menurut Anwar, adalah lebih serius berbanding negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor, justeru kerjasama bersepadu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diterus diperkukuh ke arah menyelesaikan masalah tersebut.

"Kemiskinan tegar ini maknanya uniform sekolah tidak mampu dibeli, makan minum atau susu untuk bayi mungkin ada masalah (untuk membeli), sebab itu tanggungjawab kerajaan Persekutuan bersama negeri untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

"Kita mahu menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai 2024. Ini keutamaan kita, kita boleh bincang pelbagai hal tetapi kalau anak-anak kita, keluarga kita tidak cukup makan, itu tanggungjawab yang kita (perlu) selesaikan," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzli, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Hari ini merupakan hari penutup bagi Pesta Kaamatan dengan sambutan telah bermula dengan majlis pembukaan di Ranau pada 1 Mei, pesta menuai yang kini berevolusi menjadi pesta perpaduan disambut masyarakat berbilang latar belakang di Sabah, juga seluruh negara.

Anwar kemudiannya dijadual menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kapayan di sini sebelum bertolak ke Labuan.

Di Labuan, Anwar dijadual menghadiri Sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan bagi menyantuni penduduk di kawasan itu dan mengakhiri lawatannya dengan menghadiri sesi Taklimat Smart Labuan City di Wisma Perbadanan Labuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka