web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

Pendidikan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 8:26PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kementerian Pendidikan menggalakkan murid dan pelajar mengadakan lawatan ke Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di seluruh negara bagi menjamin kelestariannya pada masa depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ini penting sebagai antara aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi membentuk pelajar dan murid yang menghargai sejarah negara.

"Komitmen itu besar dalam konteks untuk memastikan kelestarian dan menghidupkan budaya serta dari segi pemeliharaan dan kesedaran mengenai sejarah yang perlu anak-anak kita ikuti. la adalah sebahagian (aktiviti) pembelajaran daripada peringkat Kementerian Pendidikan.

"Jadi program seperti ini memang sangat bermanfaat dan kita sangat galakan pembudayaan ini diteruskan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Warisan UNESCO di Bukit Melaka, Banda Hilir di sini, hari ini.

Justeru, Fadhlina, yang juga Presiden Suruhanjaya UNESCO Malaysia berkata, komitmen daripada kerajaan negeri amat dituntut bagi memelihara dan memulihara Tapak Warisan UNESCO sepanjang masa.

Sementara itu, dalam ucapannya, Fadhlina berkata, baju kebaya akan diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada tahun ini selepas melalui penilaian yang sedang dilakukan oleh badan dunia tersebut.

"Suka juga saya sebutkan bahawa Melaka adalah pusat kegiatan bagi pelbagai Warisan Tidak Ketara yang telah diiktiraf oleh UNESCO seperti Dondang Sayang pada 2018, silat (2019), pantun dan perayaan Wangkang (2020), serta kebaya yang sedang dinilai pada tahun ini.

"Sejarah kegemilangan dan kesusasteraan Melaka seperti Hikayat Hang Tuah juga telah diiktiraf oleh UNESCO melalui Program Memori Dunia (MoW) pada 2001," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 10 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental