web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Syahid Dibunuh Zionis, Pemergian Pelajar UUM Warganegara Palestin Kehilangan Besar 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 1:55PM

Esam M. M. Elkahlout - gambar UUM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pemergian rakyat Palestin, Esam M. M. Elkahlout, 38 yang merupakan Pelajar Program Doktor Falsafah (PhD) jurusan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) akibat dibunuh tentera Israel, disifatkan sebagai satu kehilangan besar.

Menurut Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Dr. Mukhriz Mat Rus, Esam yang merupakan seorang peguam sentiasa bersemangat mendalami ilmu berkaitan undang-undang antarabangsa bagi memperjuangkan nasib rakyat negaranya.

Katanya, mereka mula berkenalan ketika Esam memulakan pengajian di UUM beberapa tahun lalu.

"Ketika itu COVID-19 masih berleluasa di seluruh dunia dan disebabkan itu, kami lebih banyak berkomunikasi secara dalam talian. Beliau merupakan seorang peguam dan ahli keluarganya juga ramai yang terlibat dalam bidang perundangan di negara itu.

"Beliau jelas memiliki kesungguhan untuk mendalami ilmu berkaitan undang-undang antarabangsa malah pengajiannya di UUM juga, berkisar mengenai hak Palestin di bawah undang-undang antarabangsa.

"Esam tidak terlibat dengan keganasan sebaliknya beliau memang nak memperjuangkan hak-hak Palestin. Beliau tidak menunjukkan tanda-tanda gentar dalam perjuangan itu dan pemergiannya merupakan satu kerugian besar," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Melalui kenyataan dikeluarkan UUM malam tadi, Esam disahkan syahid setelah maut akibat serangan askar Israel di semenanjung Gaza beberapa hari lalu.

Timbalan Dekan yang menjalankan fungsi Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM, Profesor Harlida Abdul Wahab memaklumkan, pihaknya baru mendapat pengesahan berhubung perkara itu dan masih menanti maklumat lanjut mengenainya.

Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga penyelia kedua Esam dalam pengajiannya di UUM berkata, individu seperti Esam mungkin dilihat sebagai ancaman oleh puak Zionis berikutan kemampuan mereka berhujah di peringkat antarabangsa.

"Apabila kita menjadikan undang-undang antarabangsa sebagai satu cara mendapatkan keadilan, itu mungkin dilihat sebagai ancaman. Ancaman itu mungkin dilihat lebih berbahaya dari senjata kerana bagi mereka, individu sebegini boleh mempengaruhi dunia untuk menyokong kemerdekaan Palestin menerusi jalan diterima semua pihak iaitu undang-undang.

"Kalau diikutkan, Esam bersama keluarganya memiliki kemampuan untuk meninggalkan Gaza kerana mereka bukan dari keluarga susah. Tetapi mereka tetap memilih untuk bersama masyarakat di Gaza bagi berjuang dan memerdekakan tanah air terutama dari sudut perundangan," katanya. - Getaran, 10 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Hiba Hati Ayah Lihat Jasad Anak Lemas Di Takungan Air

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 1 hari yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri