web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hiba Hati Ayah Lihat Jasad Anak Lemas Di Takungan Air

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 5:27PM

Mohd Hashim Nazri menunjukkan gambar Muhammad Aiman Harith yang lemas di takungan air dekat Perumahan UUM, Sintok, semalam - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - "Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya lihat badan anak sudah lembik dengan beberapa orang cuba memberi bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR),".

Demikian imbas Mohd. Hashim Nazri, 36, pada pengalaman memilukan setelah anaknya, Muhammad Aiman Harith, 10, lemas dalam sebuah takungan air berhampiran rumah mereka di kawasan perumahan Universiti Utara Malaysia (UUM) dekat Sintok, semalam. 

Allahyarham Muhammad Aiman Harith
Allahyarham Muhammad Aiman Harith

Menurutnya, dia tidak menyangka anak sulung itu akan pergi ke lokasi berkenaan kerana pernah beberapa kali mengingatkan Muhammad Aiman agar tidak ke situ. 

"Semalam, isteri saya, Siti Noraazar Shamshudin yang bekerja di Jabatan Keselamatan UUM keluar dari rumah untuk bertugas kira-kira jam 3 petang. Tidak lama selepas itu, saya perasan yang Muhammad Aiman juga keluar dan saya menyangkakan dia hanya ke rumah rakan baiknya di kawasan berhampiran. 

"Namun tidak lama selepas itu, saya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Saya segera ke kawasan takungan air yang terletak tidak jauh dari rumah tetapi ketika itu, Muhammad Aiman sudah kelihatan 'lembik' walaupun beberapa individu cuba memberi bantuan pernafasan," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, hari ini. 

Difahamkan jasad arwah yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, dibawa keluar dari takungan air berkenaan oleh pengawal keselamatan UUM yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu. 

Tambahnya, dia pada mulanya merancang untuk membawa anaknya pulang ke kampung di Kodiang namun membatalkan hasrat tersebut kerana Muhammad Aiman tidak mahu mengikut. 

"Saya pun tak mahu memaksa. Diebabkan itu, saya hanya berehat di rumah sementara Muhammad Aiman pula sempat mengikut isteri saya bersama beberapa rakan sekerja ibunya mendaki bukit di kawasan Sintok pagi semalam," katanya. 

Lokasi mangsa ditemui lemas
Lokasi mangsa ditemui lemas

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 4.55 petang semalam. 

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakannya terlebih dulu memancing di kawasan takungan air berkenaan sebelum mandi di situ. 

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang bertugas di Klinik UUM.

"Jasad mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik HSB untuk dibedah siasat dengan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. - Getaran, 22 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Syahid Dibunuh Zionis, Pemergian Pelajar UUM Warganegara Palestin Kehilangan Besar 

2

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Sistem Ranking Universiti Penting Untuk Tarik Kemasukan Pelajar Antarabangsa

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Changlun, UUM Dilanda Banjir

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Tempoh Perkhidmatan Haim Hilman Selaku Naib Canselor UUM Dipendekkan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Sukan 1 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Politik 20 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri