web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Sempurnakan Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman Di UIAM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyempurnakan majlis penutup ‘Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman: Sumbangan Intelektual dan Reformasi Pendidikan’ di Dewan Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, dekat sini.

Kehadiran Perdana Menteri bagi menghargai jasa perjuangan Allahyarham Prof Emeritus Datuk Dr AbdulHamid AbuSulayman memartabatkan dunia pendidikan dan inovasi Muslim dalam dunia pendidikan, selain AbdulHamid merupakan rektor kedua UIAM dari 1988 hingga 1998.

“AbdulHamid, sememangnya seorang yang terkenal dengan semangatnya yang ingin melakukan perubahan … sebab itulah saya mempopularkan ‘asmatul aqal’ kerana ia merupakan krisis minda Muslim yang seiring dengan islah al-fiqh,” kata beliau ketika mengakhiri ucapannya pada majlis itu. 

Turut hadir anak perempuan AbdulHamid, Muna AbuSulayman, Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden International Institute of Islamic Thought (IIIT) UIAM Dr Hisham Altalib.

Persidangan yang diadakan selama dua hari bermula semalam dengan dihadiri 300 peserta dari pelbagai negara itu mengetengahkan lapan tema perbincangan berkaitan isu dalam dunia pendidikan berteraskan Islam serta pengaruh dan perwatakan AbdulHamid.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity UIAM dengan kerjasama IIIT UIAM and FairFax University of America.

Dalam majlis sama, Anwar turut melancarkan empat buah buku yang meliputi hal berkaitan transformasi dalam dunia pendidikan, kekeluargaan serta budaya dan perbandingan antara pemikir barat dan pemikir timur.

Buku-buku berkenaan ialah "Bringing Higher Education to a Greater Height: A Festschrift in Honour of AbdulHamid AbuSulayman"; "Sixty Years between East and West: Planning, Perseverance and Implementation"; "Bias in Popular Culture: The Power of Visual and Linguistic Narratives" dan "Parent-Child Relations a Guide to Raising Children". - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia