web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 1:54PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan cubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 dalam operasi yang dijalankan semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan kejadian tersebut berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) sempadan Malaysia-Thailand.

"Berdasarkan maklumat perisikan yang diperoleh, pasukan operasi berjaya menahan dua suspek rakyat tempatan yang sedang melakukan aktiviti penyeludupan lembu di kawasan hutan berdekatan sempadan pada pukul 8.20 malam.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek sedang cuba menyeludup lembu terbabit masuk ke Malaysia untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidiladha demi mengaut keuntungan yang lumayan," menurut kenyataan itu hari ini.

Turut dirampas treler jenis Volvo 50 tan dan CNHTC 50 tan.

"Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Lalang Pepuyu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

3

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

4

Semasa 10 bulan yang lalu

24,000 Liter DIesel Dirampas Di Sibu

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 46 minit yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Sukan 16 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan