web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 9:21PM

Gambar - AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa, keluarga mereka dan rakyat Rusia susulan serangan pengganas di sebuah dewan konsert di Moscow pada lewat hari Jumaat.

Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.

"Hakikat bahawa serangan itu berlaku di sebuah dewan konsert utama, yang merupakan pusat budaya, adalah seolah-olah seperti ia telah dirancang dengan begitu rapi untuk mengakibatkan kemusnahan maksimum.

"Selain itu, sebagai seorang Muslim, saya berasa terpanggil untuk menegaskan bahawa kekejaman yang amat keji ini tidak sesekali boleh dikatakan sebagai mewakili Islam atau mana-mana agama. Justeru itu, kita mesti berdiri teguh menentang perbuatan yang membenarkan kejahatan dan kejelikan sedemikian menenggelamkan keamanan serta ajaran mulia agama-agama besar di dunia" kata beliau.

Susulan itu, Anwar berkata Malaysia sedia menjalin kerjasama dengan semua rakan kongsinya termasuk Persekutuan Rusia untuk bersama-sama menentang keganasan.

Terdahulu, dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 60 orang maut manakala 145 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang di sebuah dewan konsert di Dewan Bandaraya Crocus.

Insiden itu berlaku semasa konsert kumpulan muzik 'Picnic.' - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 21 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

4

Politik 3 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan Pemilik Akaun TikTok Disyaki Ugut, Fitnah Pempengaruh Wanita

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik