web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

Politik Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 4:16PM

PM United Kingdom Keir Starmer dari Parti Buruh. – Gambar BBC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer, di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu.

Anwar menerusi catatan di Facebook hari ini turut melahirkan harapan untuk bekerjasama rapat dengan rakan sejawatnya itu, dalam meraih potensi hubungan Malaysia dan UK.

“Tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh atas kemenangan besar mereka dalam pilihan raya umum UK.

“Kerjasama antara Malaysia dan Britain adalah satu yang berkekalan, terpahat dalam sejarah dan diperkuatkan oleh ikatan rapat persaudaraan,” katanya.

Menurut beliau, penyertaan Britain dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) telah meluaskan horizon kerjasama ekonomi kedua negara.

“Perjanjian Pertahanan Lima Negara berfungsi sebagai asas untuk keselamatan bersama kita, meningkatkan kestabilan serantau dan menggalakkan kerjasama pertahanan yang lebih erat.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baru, yang dibina atas inklusiviti, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan antara rakyat, dan visi bersama untuk masa depan,” katanya.

Parti Buruh telah memenangi pilihan raya parlimen selepas memiliki 326 kerusi yang diperlukan untuk menguasai majoriti di Dewan Rakyat.

Secara keseluruhan pari tersebut memperoleh 363 kerusi setelah 527 daripada 650 kawasan mengumumkan keputusan masing-masing. - Getaran, 5 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

2

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

4

Semasa 4 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan