web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 8:13AM

Anwar Ibrahim bersama Presiden Pertubuhan Lima (PLG) Generasi Malaysia Abdullah Ghani Kassim pada majlis perasmian penubuhan PLG di Ipoh malam tadi. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.

Anwar berkata, Rasulullah SAW suatu masa dahulu bersama kekuatan keyakinan, akidah, akhlak dan nilai, mempertahankan hak serta keadilan dengan menolak penyelewengan, kezaliman serta rasuah dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, sekiranya sifat itu diamalkan oleh masyarakat dengan mendalami pengertian hijrah di samping "bangun" daripada kemalasan untuk mengangkat martabat diri, negara pasti akan membangun dengan maju.

"Hijrah itu ertinya meninggalkan amalan lapuk dan syirik, amalan kezaliman, penindasan, fitnah yang berlaku berleluasa, maka baru kita berubah dan saya percaya Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia ini akan membawa semangat yang sama, kita akan selamatkan bangsa dan umat kita.

"Saya kebetulan generasi lama, tetapi dalam soal mempertahankan hak, kedaulatan, saya tidak peduli ... lawan tetap lawan!" katanya ketika berucap merasmikan penubuhan PLG di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi serta Presiden PLG, Datuk Abdullah Ghani Kassim.

Anwar berkata, masyarakat tidak boleh leka kerana negara kini sedang bersaing untuk membangun, maka mereka perlu melengkapkan ilmu, meningkatkan pengertian keadilan dan bersatu dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat.

"Kita perlu pelaburan, digital, kecerdasan buatan, basmi kemiskinan dan syaratnya (untuk maju) mesti ada pimpinan daripada golongan muda, PLG, pimpinan politik negara yang tolak kezaliman dan hentikan guna kuasa untuk mengayakan diri.

"Saya beri jaminan dengan kuasa yang ada pada saya, saya akan pastikan baik PLG atau silat gayung atau apa sahaja jentera yang ada untuk mengukuhkan lagi dan mengangkat martabat bangsa menjadi bangsa yang hebat," kata beliau.

Justeru, Perdana Menteri berkata beliau mahu semua pihak untuk menghentikan segala perbalahan serta menggunakan semangat hijrah kerana inilah masanya untuk mereka bangun sebagai satu kekuatan di samping menunjukkan bangsa yang hebat ialah yang berilmiah, berprinsip, kuat bekerja serta menegakkan keadilan bagi negara dan masyarakat.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan daripada PLG Malaysia kepada lima pelajar di negeri ini melibatkan dua pelajar cemerlang 4A Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal 1 2024, seorang pelajar cemerlang 4A STPM Penggal 2 2024 dan dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia