web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Pemilik Akaun TikTok Disyaki Ugut, Fitnah Pempengaruh Wanita

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jul 2024 9:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial di sebuah kelab golf di Rawang, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, wanita berusia 35 tahun itu disyaki melakukan ugutan terhadap mangsa yang dikenali sebagai Rajeswary atau Esha melalui akaun TikToknya.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 39 tahun pada Sabtu lepas berhubung kejadian yang dipercayai berlaku antara 30 Jun hingga 1 Julai lalu.

"Lelaki itu mengesan dua hantaran melalui aplikasi TikTok mengenai fitnah dan ugutan terhadap Rajeswary (Esha) dan kedua-dua akaun tersebut telah menggunakan gambar Rajeswary sebagai latar belakang kandungan video yang dimuat naik ke akaun masing-masing.

"Kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada Rajeswary (Esha) serta turut menggunakan kata-kata kesat dan lucah," katanya hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, hasil semakan pihaknya mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh lelaki itu serta disyaki kandungan tersebut telah dipadam.

Beliau berkata wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah jagaan orang tua itu direman hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

"Kita masih mengesan seorang lagi pemilik akaun (Tiktok) bagi membantu siasatan.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib)," katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melawat keluarga seorang pempengaruh TikTok yang didakwa membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber, di Gombak Setia di sini.

Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemui di rumahnya kira-kira 11 pagi, Jumaat lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia