web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 5:59PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara UMNO dan PAS tidak mungkin berlaku selagi parti pembangkang itu masih diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku presiden.

Menegaskan perkara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut adalah hasil pengalaman mereka selama bekerjasama dengan PAS.

Tegas beliau, UMNO sering dikhianati parti itu dalam pelbagai keputusan yang dibuat. 

“Saya menjadi saksi kepada pembohongan dibuat PAS dari dulu hingga sekarang. Saya ada dalam setiap perbincangan empat mata bersama Hadi,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua parti mencapai persetujuan ketika bertemu dan berbincang, tetapi keadaan itu akan bertukar keesokan hari.

“Dia (Hadi dan PAS) akan mengubah fikiran dan berkata sebaliknya selepas itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Kuala Kangsar 2024 di Dewan Jubli Perak hari ini.

Jelas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, sememangnya tidak ada harapan untuk kedua-dua parti saling bekerjasama selagi Abdul Hadi masih bergelar Presiden.

“Ketika ini, semua parti yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan ikhlas bekerjasama, khususnya dari aspek politik dan pentadbiran.

“Semua ini dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan,” katanya. - Getaran, 8 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Sukan 4 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

4

Semasa 4 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia