web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 4:29PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata projek itu antara lain melibatkan Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK).

Beliau berkata berdasarkan pengalaman terdahulu, terdapat banyak projek mengalami kekangan untuk perlaksanaan di Sabah, justeru kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri penting untuk mengatasi kekangan atau halangan yang dihadapi.

"Keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) projek RM50 juta ke bawah dilaksanakan kerajaan negeri, RM50 juta ke atas dilaksanakan KKDW dan agensi pelaksananya Jabatan Kerja Raya jadi penyelarasan ini mesti dilakukan.

"Ini supaya pemegang taruh merasakan terdapat penyelarasan antara kerajaan negeri dan KKDW. Itu sebabnya kita panggil mesyuarat untuk selaraskan antara menteri atau exco menjaga luar bandar ini supaya kita dapat bersama-sama membantu kami bagi melaksanakannya (projek tersebut)," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dan negeri penting bagi memastikan semua projek pembangunan yang diberikan kepada kerajaan negeri di seluruh negara dapat disegerakan serta berjalan lancar.

"Projek fizikal yang ada telah kita kemukakan kepada kerajaan negeri bagi pelaksanaannya. la mesti dipantau untuk disegerakan dan kita mesti mencari jalan menyegerakannya dengan tidak mengetepikan tatakelola ditentukan kerajaan," katanya.

Memberikan contoh, beliau berkata sesuatu projek diluluskan hanya boleh dilaksanakan setelah dua hingga tiga tahun kerana ia bergantung kepada beberapa faktor antaranya konsultan dan tender terbuka yang mengambil masa lama.

Menurut beliau, terdapat projek telah diluluskan sebelum kerajaan MADANI masih belum dapat dilaksanakan kerana prosedur digunakan tidak telus, justeru KKDW terpaksa mendapatkan kaedah pelaksandan melalui Kementerian Kewangan berdasarkan tatakelola yang betul. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki