web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2024 8:17AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi meluangkan masa menziarahi jenazah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman di kediamannya di sini.

Ahmad Zahid, yang tiba pada 11.30 malam, meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni ahli keluarga wartawan veteran itu.

Turut hadir menziarahi bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian itu ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Rozaid, 59, meninggal dunia petang tadi di rumahnya di Putra Heights dekat sini akibat masalah jantung.

Difahamkan jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Putra Heights pada 8.30 pagi esok dan dikebumikan di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023.

Berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun, wartawan veteran itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lepas.

Sementara itu, Fahmi berkata Rozaid banyak berjasa dalam bidang kewartawanan negara.

"Saya cukup sedih dengan pemergian arwah yang banyak berjasa dengan dunia kewartawanan di Malaysia," katanya kepada Bernama di kediaman Allahyarham. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

4

Semasa 4 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Semasa 1 hari yang lalu

GISB Nafi Bersalah, Sedia Bekerjasama Dengan PDRM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MA63: Anwar Dijangka Buat Pengumuman Penting Pada Hari Malaysia

oleh Jason Santos

Semasa 6 jam yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri