web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Liek Hou Sukar Digugat

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2022 11:04AM

Liek Hou - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain badminton para negara Cheah Liek Hou meraih kejuaraan kesembilan berturut-turut selepas dinobatkan juara kejohanan badminton para Antarabangs Bahrain 2022, semalam.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo itu mengambil masa 24 minit sebelum mengesahkan kemenangan ke atas Bartlomiej Mroz 21-7, 21-12 dalam kejohanan berlangsung ISA Sport City, Manama.

Ini adalah gelaran kedua dimenangi tahun ini selepas muncul juara Antarabangsa Brazil 2022, bulan lepas.

Pemain di ranking kedua dunia kategori SU5 (kecacatan fizikal) yang bergandingan dengan Fariz Anuar turut mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan utama dari India Chirag Baretha-Raj Kumar.

Pasangan negara yang tewas 14-21 pada set pertama, bangkit menguasai set kedua 21-19 sebelum mengesahkan kemenangan 21-17 pada kejohanan sama.

Liek Hou dalam akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara kerana menghantar beliau ke kejohanan di Bahrain dan berharap dapat meneruskan prestasi cemerlang dalam kejohanan di Dubai, minggu depan.

Sementara itu, pemain badminton kerusi roda negara Muhammad Ikhwan Ramli terpaksa akur tewas di tangan pemain Korea Selatan Choi Jung Man 21-18, 21-15. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Tuah Tahun Naga, Liek Hou Juara Dunia Kali Kali Kelapan

3

Sukan 8 bulan yang lalu

Harimau Malaya Kekal Ambil Risiko Di Sebalik Tekanan Tinggi Berdepan Bahrain

4

Sukan 10 bulan yang lalu

APG 2022: Liek Hou Gagal Tebus Kecewa, Terpaksa Puas Hati Raih Perak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 22 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN