web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


APG 2022: Liek Hou Gagal Tebus Kecewa, Terpaksa Puas Hati Raih Perak

Sukan Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2023 4:04PM

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou meraih pingat perak di Sukan Para Asia 2022. gambar FB MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Jaguh badminton para dunia, Cheah Liek Hou gagal menebus kekecewaan untuk meraih emas selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia 2022 sebentar tadi.

Ia selepas pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditewaskan seteru utamanya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-18, 19-21, 17-21 dalam perlawanan sengit pada aksi final berlangsung di Gimnasium Binjiang di sini, hari ini.

Kekalahan itu sekali gus gagal menebus kekecewaannya pada penyertaan terakhirnya di Sukan Asia yang sebelum ini Liek Hou hanya meraih pingat gangsa pada Sukan Para Asia Jakarta-Palembang pada 2018.

"Tadi saya dah cuba untuk main dengan baik tapi dia dapat banyak pukulan yang bernasib baik dan kacau rentak saya.

"Di set ketiga rasanya saya banyak buat kesilapan sehingga kehilangan banyak mata. Tak berpuas hati dengan keputusan ini namun saya kena terima," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Pingat perak yang dirangkulnya hari ini bagaimanapun menjadi pingat ke-33 Malaysia di temasya empat tahun sekali itu. 

Sebagai rekod Liek Hou memenangi pingat emas pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Tuah Tahun Naga, Liek Hou Juara Dunia Kali Kali Kelapan

3

Sukan 10 bulan yang lalu

APG 2022: Jaguh Badminton Para, Cheah Liek Hou Berpeluang Rampas Emas Esok

4

Sukan 10 bulan yang lalu

APG 2022: Malaysia Mula Buka Langkah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 21 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam