web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


APG 2022: Malaysia Mula Buka Langkah

Sukan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 8:46AM

Malaysia membolot pingat emas dan perak menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli (kiri) dan Mohammad Aliff Mohamad Awi bagi acara lontar peluru kategori F20 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Kontinjen Malaysia sudah mula mengorak langkah ke depan menerusi kejayaan merangkul tiga pingat emas, empat perak dan tiga gangsa selepas berakhir saingan hari kedua temasya Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022, semalam.

Pencapaian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan pungutan pingat kontinjen negara kepada empat emas, enam perak dan enam gangsa, sekali gus membolehkan mereka menghuni kedudukan kelapan.

Pingat emas kedua negara mula dijelmakan dalam kem berbasikal trek menerusi Nur Suraiya Muhamad Zamri dalam acara 1,000 meter (m) ujian masa wanita B (masalah penglihatan) di Velodrom Pusat Sukan Chun' An Jieshou, di sini.

Dua pingat perak kemudian mengiringi kejayaan emas itu masing-masing menerusi Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dalam acara sama, diikuti Mohd Khairul Hazwan Wahab dalam acara 1,000m ujian masa lelaki B.

Kem olahraga yang sinonim dengan istilah ‘lubuk emas’ pula cemerlang menjelmakan dua emas, dua perak dan satu gangsa di Stadium Pusat Sukan Huanglong.

Dua emas itu masing-masing hadir menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) dan Datuk Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual).

Pingat perak kemudian ditambah Eddy Bernard dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) diikuti Mohammad Aliff Mohamad Awi acara lontar peluru lelaki F20, sementara gangsa bagi acara lompat jauh T20 menerusi Zulkifly Abdullah.

Kem renang tidak kurang hebatnya apabila membawa pulang dua gangsa di Arena Sukan Akuatik, masing-masing menerusi Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan dalam acara 100m kuak lentang lelaki S14 (kecacatan intelektual) dan Zy Lee Kher dalam acara 200m gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal).

China menduduki tangga teratas carta pungutan pingat dengan 67 emas, 53 perak dan 45 gangsa diikutI Iran (16-19-12), Jepun (12-13-20) dan Uzbekistan dengan kutipan 12-12-14. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN