web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuah Tahun Naga, Liek Hou Juara Dunia Kali Kali Kelapan

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:00AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan untuk negara apabila merangkul gelaran dunia kali kelapan di Kejohanan Badminton Para Dunia 2024 di Pattaya, Thailand, semalam.

Liek Hou yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) menumpaskan musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-15, 16-21, 21-15 dalam perlawanan selama 62 minit pada aksi berlangsung di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya.

Juara Sukan Paralimpik 2020 itu sebelum ini muncul juara pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 dan 2022.

Lebih membanggakan, pemain berusia 35 tahun itu turut melakar kejayaan berganda apabila memenangi emas beregu lelaki SU5 bersama pasangannya, Muhammad Fareez Anuar dengan menumbangkan wakil India, Chirag Baretha-Raj Kumar, 21-17, 21-18.

Kejayaan itu adalah gelaran dunia keenam Liek Hou dalam acara beregu selepas edisi 2005, 2007, 2011, 2013 dan 2015.

Liek Hou berharap kejayaan di Thailand mampu memberi motivasi buatnya beraksi cemerlang dalam kejohanan mendatang terutamanya Sukan Paralimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung dari 28 Ogos-8 September ini.

"Kejohanan pertama untuk Tahun Naga ini dan saya dilahirkan pada Tahun Naga. Terima kasih kepada penaja yang sudi menyokong saya sepanjang karier saya.

"Tidak lupa juga kepada rakyat Malaysia yang sering menyokong saya. Terima kasih banyak menyokong saya dan pasukan para badminton negara selama ini," katanya menerusi laman Instagram.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara, Noor Azlan Noorlan-Muhammad Ikhwan Ramli terpaksa berpuas hati dengan pingat perak bagi acara WH1-WH2 (kerusi roda) apabila tersungkur di tangan Mai Jian Peng-Qu Zi Mo dari China, 10-21, 13-21. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lawatan Rasmi PM Ke Mesir Bakal Perkukuh Hubungan 2 Negara