web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lawatan Rasmi PM Ke Mesir Bakal Perkukuh Hubungan 2 Negara

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2024 12:14PM

Mohd Tarid Sufian - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAHERAH - Lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir mulai hari ini bakal melakar sejarah penting hubungan persaudaraan Malaysia dan Mesir, kata Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian.

Beliau berkata ini kerana lawatan atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi itu, akan membuka ruang untuk mempelbagai dan mengukuhkan kerjasama serta memperkukuh asas yang menjadi sinergi ke atas usaha-usaha meneliti pelbagai isu serantau dan global yang berkepentingan bersama.

Perdana Menteri dijangka tiba di sini pada 6.30 petang hari ini waktu tempatan atau 12.30 tengah malam waktu Malaysia.

Mohd Tarid berkata esok (10 November) Anwar akan disambut oleh El-Sisi dalam satu majlis Sambutan Rasmi di Istana Al Ittihadiya, diikuti mesyuarat dua hala.

"Sesi perbincangan tersebut dijangka akan tertumpu kepada kemajuan hubungan dua hala melalui peningkatan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, pelancongan, pendidikan dan hal ehwal agama.

"(Turut dibincangkan berkaitan) penerokaan kerjasama baharu dalam industri halal, kesihatan, tenaga boleh diperbaharui dan air, sumber asli dan kelestarian alam," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini hari ini, sempena lawatan Perdana Menteri itu.

Mohd Tarid berkata kedua-dua pemimpin turut dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, terutamanya mengenai konflik Palestin.

Beliau berkata sempena lawatan itu juga, Anwar dan El-Sisi turut dijadual menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif bagi kerjasama di Fakulti Ulum Islamiah dan MoU bagi kerjasama Malaysia dan Mesir dalam bidang hal ehwal agama.

Selain itu Mohd Tarid berkata Anwar juga dijadual menyampaikan ceramah umum di Universiti Al-Azhar, mengadakan libat urus bersama kapten-kapten industri tempatan, merasmikan pusat operasi pemasangan Proton Saga serta mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di sini.

"Tahun ini merupakan genap 65 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan Mesir, ini merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi kedua-dua negara, lawatan ini sangat bertepatan dengan sambutan (ulang tahun) ke-65 (hubungan diplomatik) tersebut.

"..sebenarnya, hubungan 65 tahun itu memang kebetulan dengan tarikh mesyuarat (dua hala) pada 10 November (ini) sebab penubuhan hubungan diplomatik (Malaysia dan Mesir) itu pada 10 November," katanya.

Mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan rasmi berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sil.

Mesir merupakan rakan dagangan Malaysia ke-5 di antara negara-negara Afrika pada tahun 2023, dengan nilai dagangan berjumlah RM3.35 bilion dengan imbangan dagangan berpihak kepada Malaysia.

Bagi tempoh Januari hingga September 2024 pula, jumlah nilai dagangan direkodkan kedua-dua negara ialah RM3 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 21.4 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2023 dan nilai dagangan kedua-dua negara tahun ini dijangka mengatasi prestasi tahun lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia