web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

Luar Negara Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2024 7:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal Rabu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat atas "penghormatan dipilih" ke jawatan tertinggi negara, lapor Anadolu Agency.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika atas penghormatan luar biasa dipilih sebagai presiden ke-47 dan presiden ke-45 anda," kata Trump kepada penyokong di Palm Beach, Florida, merujuk kepada penggal terdahulunya di pejabat, pada 2017-2021, sebelum Joe Biden memenangi empat tahun sebagai presiden AS ke-46.

Menurut unjuran Fox News, Trump memastikan kemenangan selepas mengalahkan pesaingnya dari parti Demokrat, Naib Presiden Kamala Harris dalam pilihan raya presiden Selasa.

"Ini adalah kemenangan hebat untuk rakyat Amerika yang akan membolehkan kita menjadikan Amerika hebat semula," tambah Trump.

Berikrar untuk memperjuangkan setiap rakyat, beliau berkata: "Kita akan membantu negara kita pulih."

Kemenangan itu akan menjadikan Trump satu-satunya presiden As yang berkhidmat dalam penggal tidak berturutan, selepas Grover Cleveland yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an. - BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 6 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia