web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 4:02PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia melahirkan rasa kesal susulan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh badan dunia itu.

Wisma Putra berkata, penggunaan kuasa veto di UNSC bagi menghalang kemasukan Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada mesyuarat UNSC pada 18 April lalu amat mengecewakan, walaupun ia mendapat sokongan daripada sebahagian besar negara-negara anggota PBB.

"Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan ini telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar ahli Majlis Keselamatan PBB tersebut untuk merealisasikan hak-hak rakyat Palestin, termasuk hak untuk menentukan nasib mereka sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wisma Putra, Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan akan meneruskan usaha-usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

"Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB untuk terus berusaha ke arah keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.

Terdahulu,  Amerika Syarikat  dilapor menggunakan kuasa veto bagi menolak usul UNSC untuk mengiktiraf negara Palestin.

Lima belas ahli UNSC berkumpul di New York bagi mengundi draf resolusi dikemukakan oleh Algeria yang mengesyorkan kemasukan negara Palestin sebagai ahli PBB.

Namun, keahlian itu disekat walaupun memperoleh 12 undi menyokong, manakala dua negara iaitu United Kingdom dan Switzerland mengundi berkecuali.

Palestin diterima sebagai negara pemerhati Perhimpunan Agung PBB pada 2012, yang membolehkan utusannya mengambil bahagian dalam perbahasan dan organisasi PBB tetapi tanpa hak undian.

Menurut Piagam PBB, keanggotaan mana-mana negara ke dalam badan dunia itu diputuskan dalam Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan. -  Getaran, 19 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang