web statsweb stats

Berita Terkini

15 minit yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Malaysia Terima Baik Prinsip China, Asas Penting Sertai BRICS - PM

Semasa Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2024 12:09PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima baik prinsip perkongsian masa hadapan seperti diutarakan oleh Presiden China, Xi Jinping sebelum ini, yang menekankan soal perkongsian kemakmuran untuk manfaat setiap individu dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip tersebut ialah antara asas penting yang mendorong Malaysia memilih untuk menyertai pakatan BRICS.

Menurut Perdana Menteri, beliau mahu menzahirkan penghargaan tertinggi atas sokongan China terhadap penyertaan Malaysia sebagai Negara Rakan BRICS.

“Terkait kerjasama Malaysia-China, saya nyatakan sikap Malaysia yang terus terbuka dan mengalu-alukan kerjasama strategik dan lebih banyak pelaburan terkait teknologi berkualiti tinggi, ekonomi digital, pendidikan serta dalam sektor-sektor berkemahiran tinggi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook. 

Anwar memberitahu, pendirian Malaysia itu dinyatakan pada pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri China, Li Qiang lewat petang semalam. 

“Kesempatan ini kami gunakan untuk memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara yang kini mencecah usia 50 tahun.

“Saya mulakan dengan menzahirkan ucapan tahniah pada Kerajaan China atas penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-7 yang menjadi lembaran penting buat ratusan perusahaan kecil dan sederhana dari pelbagai negara, termasuk Malaysia untuk mengembangkan perniagaan,” katanya. 

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga mahu mempertingkatkan hubungan perdagangan terutama membabitkan produk halal, sektor pertanian komoditi dan menggalakkan pertukaran kepakaran serta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Saya turut nyatakan bahawa Malaysia berkongsi keutamaan dalam beberapa dasar yang dilaksanakan, terutama dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar, memartabatkan kehidupan rakyat dan mencapai pembangunan mampan.

"Malaysia punyai ruang belajar daripada kejayaan China dalam lingkungan ini menerusi kerjasama dengan China International Development Cooperation Agency (CIDCA) dan International Poverty Reduction Centre (IPRCC),” katanya.

Gambar PMO
Gambar PMO

Usai pertemuan, Anwar dan Qiang turut menyaksikan pertukaran dokumen Belt and Road Initiative (BRI) serta pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara BERNAMA dan China Media Group (CMG).

“Alhamdulillah, pertemuan ini telah mempererat hubungan peribadi antara saya dan Premier Li, dan memperkukuh persahabatan Malaysia-China yang pastinya akan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara, Insya Allah,” katanya. - Getaran, 6 November 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia