web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekolah Pertama Tumpu Pendidikan Anak Autistik Bakal Dibina Di Mukim Pulai

Pendidikan Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2024 2:05PM

Aznan Tamin - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sekolah pendidikan khas yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada murid autistik dirancang dibina di mukim Pulai di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata cadangan berhubung pembinaan sekolah bagi anak-anak autistik pernah disuarakan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada akhir tahun lepas.

Justeru, beliau berkata pengumuman pembinaan sekolah itu pastinya menjadi 'hadiah' terbaik kepada lbu bapa khususnya di Johor yang mengharapkan anak-anak istimewa tidak tercicir dari aspek pembelajaran dan pengurusan kendiri.

"Segala perancangan terperinci mengenai sekolah ini akan dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 baru-baru ini mengumumkan pembinaan dua sekolah baharu murid berkeperluan khas di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru, Johor melibatkan kos RM300 juta.

Sekolah di Johor Bahru bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik.

Sementara itu, Pengarah Klinikal IndeBrain Occupational Therapy Solutions, sebuah pusat terapi anak-anak istimewa, Siti Noraisikin Mohd Jazuli berkata pembinaan sekolah berkendan amat diperlukan memandangkan peningkatan jumlah kanak-kanak autistik di negara ini.

Beliau berkata mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah kanak-kanak autistik menunjukkan peningkatan drastik dalam tempoh 10 tahun terakhir dengan tahun lepas sahaja merekodkan 53,323 orang didiagnosis menghidap autisme.

Siti Noraisikin berkata antara kerisauan utama ibu bapa adalah kekurangan kemudahan untuk anak-anak istimewa mendapatkan pendidikan di sekolah terutama dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

"Di Malaysia terdapat pusat perkembangan awal bagi memenuhi keperluan anak istimewa ini terutama anak-anak autistik, namun isu utama selalunya adalah melibatkan kewangan kerana kos bagi menghantar anak-anak ke pusat perkembangan swasta agak tinggi berbanding menghantar ke sekolah aliran perdana.

"Oleh itu, kami menyambut baik pengumuman menerusi Belanjawan 2025 ini dalam menyediakan kemudahan dan memberi keutamaan kepada anak berkeperluan khas," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 18 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 19 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad