web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Birmingham 2022: Atlet Powerlifting Yee Khie tarik diri kerana kecederaan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 5:57PM

Jong Yee Khie terpaksa menarik diri akibat kecederaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemenang pingat perak acara powerlifting di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Jong Yee Khie, menarik diri daripada bertanding di Sukan Komanwel 2022 Birmingham yang dijadualkan bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Perkara itu disahkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan hari ini yang menyatakan, perkara itu berikutan kecederaan dialami Yee Khie semasa menjalani sesi latihan persiapan ke Birmingham baru-baru ini.

Kenyataan itu menyebut penarikan diri tersebut dibuat setelah mendapat pengesahan tahap kecederaan yang dialami jaguh berusia 33 tahun itu, daripada Institut Sukan Negara (ISN).

“Susulan itu, bilangan atlet dalam kontinjen Malaysia ke Birmingham 2022 adalah seramai 105 orang. Pihak MOM mendoakan dan berharap agar Yee Khie akan sembuh sepenuhnya daripada kecederaan dan kembali beraksi dalam tempoh terdekat,” menurut kenyataan MOM itu.

Ketiadaan Yee Khie sudah pasti merencatkan lagi sasaran pingat negara di Birmingham, berikutan kejayaannya meraih perak kategori 107 kilogram di Tokyo dan Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2021.

Beliau turut pernah meraih pingat perak di Komanwel 2018 Gold Coast, Australia dan gangsa edisi 2014 di Glasgow, Scotland, selain emas di Sukan Para ASEAN 2015 Singapura dan 2017 Kuala Lumpur.

Yee Khie menjadi atlet berpotensi ketiga negara menarik diri dari Komanwel, selepas jaguh badminton Lee Zii Jia yang mahu fokus kepada Kejohanan Dunia dan pemain skuasy S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Maju (MEX) hujung bulan lepas.

MOM sebelum ini menetapkan sasaran tujuh emas menyamai pencapaian di Gold Coast. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Peguam Sahkan Tidak lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan, Keluarga Lantik Peguam Baharu 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Fikir Masak-Masak Jika Mahu Anjur Sukan Komanwel 2026 - Tun Hashim Ali

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Anggota Polis Cedera Dilanggar 2 Warga Asing

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 22 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN