web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggota Polis Cedera Dilanggar 2 Warga Asing

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 8:58AM

Anggota polis yang cedera dan dua warga asing yang telah ditahan - gambar IPD Petaling Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing di susur keluar Damansara Jaya menghala Lebuhraya Sprint semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Aisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata susulan itu, sebuah kereta peronda mengejar suspek sejauh dua kilometer sehingga kenderaan dipandu warga asing terbabit terbabas di Seksyen 17/50, Petaling Jaya.

Beliau berkata hasil semakan ke atas kenderaan itu mendapati dua lelaki warga asing berumur 35 dan 45 tahun ditahan oleh polis yang bertugas di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan lanjut ke atas suspek, polis turut merampas pelbagai jenis mata wang asing bernilai RM9,839.85 dan beberapa peralatan pecah rumah antaranya gerudi tangan, tukul, pemutar skru serta gergaji," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Mohamad Fakhrudin berkata ujian saringan air kencing adalah negatif dadah dan mereka tiada rekod jenayah.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama enam hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 (i) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sementara itu, anggota polis berusia 35 tahun yang cedera dalam insiden tersebut menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah atau orang yang mencurigakan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki