web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Peguam Sahkan Tidak lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan, Keluarga Lantik Peguam Baharu 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 11:42AM

Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui mati selepas lebih 30 jam dilaporkan hilang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan reman bagi membantu siasatan pembunuhan anak mereka tidak lagi diwakili oleh peguam Mahmud Jumaat bermula hari ini.

Mengesahkan perkara tersebut, peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co itu berkata, keputusan berkenaan diambil disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan polis di di Puncak Alam, Selangor Jumaat lalu.

Pasangan itu ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam laporan sama, keluarga ibu bapa Zayn Rayyan dipetik sebagai berkata, mereka mengesahkan telah melantik peguam baharu mewakili pasangan itu.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Disember lepas di Damansara Damai.

Mayatnya ditemui keesokan hari berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri. - Getaran, 4 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Didakwa Abai Anak, Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Zii Jia Tarik Diri Daripada Korea Masters 2023

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hakim Tarik Diri Dengar Semakan Kehakiman Ibu Bapa Teoh Beng Hock

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Prosiding Bela Diri Siti Bainun: 2 Lagi Peguam Tarik Diri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis