web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hakim Tarik Diri Dengar Semakan Kehakiman Ibu Bapa Teoh Beng Hock

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 5:56PM

Amarjeet Singh telah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana beliau pernah terlibat dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan kematian Teoh Beng Hock - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan semakan kehakiman ibu bapa mendiang Teoh Beng Hock bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka hampir 14 tahun lepas.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly ketika dihubungi pemberita berkata hakim itu menyatakan demikian semasa pengurusan kes tersebut hari ini.

“Yang Arif (Amarjeet) telah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana beliau pernah terlibat dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan kematian Teoh Beng Hock.

“Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 10 Julai ini dan kes ini akan didengar di hadapan hakim baharu iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh,” kata Ahmad Hanir.

Teoh Leong Hwee, 75, dan isterinya Teng Shuw Hoi, 70, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 4 Jan tahun lepas, dengan menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Pada 16 Jun 2022, pasangan itu memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman selepas mahkamah menolak bantahan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan tersebut.

Pasangan berkenaan memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama, kedua dan ketiga untuk melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka dalam jangka masa munasabah telah melanggari Seksyen 20(3) Akta Polis 1967.

Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan walaupun tiga pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian Beng Hock, siasatan didapati belum lengkap kerana berdasarkan surat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM bertarikh 21 Sept 2021, Jabatan Peguam Negara telah menyerahkan kembali kertas siasatan kepada Ketua Polis Negara pada 3 Sept 2021.

Mereka mendakwa kertas siasatan berhubung kematian Beng Hock telah dikembalikan kepada responden pertama, kedua dan ketiga oleh AGC untuk siasatan lanjut namun ia masih belum dilengkapkan oleh polis walaupun insiden itu berlaku hampir 14 tahun lepas.

Beng Hock ditemukan mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di tingkat 14 bangunan sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tohmahan Siti Bainun Terhadap Hakim Mahkamah Sesyen Tidak Berasas - Mahkamah Tinggi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Memandu Mabuk: Graduan Luar Negara Didakwa Sebabkan Kematian 2 Pemuda

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam