web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Sep 2024 8:13AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Pemain boccia negara, Noor Askuzaimey Mat Salim semakin hampir untuk merangkul pingat pada Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas layak ke separuh akhir wanita individu BC4 (kecacatan fizikal) di sini, semalam.

Bertempat di South Paris Arena 1, pemenang emas Sukan Para Asia Hangzhou 2022 ternyata bukan tandingan Chrisy Morfi Metzou apabila mudah membelasah lawan dari Greece itu 7-0 pada peringkat suku akhir.

Noor Askuzaimey akan menentukan tempat ke final berdepan pemain Hong Kong, Yuen Cheung.

Yuen sebelum itu melangkah ke separuh akhir dengan menumpaskan Laissa Polyana Teixeira dari Brazil, 4-1.

Noor Askuzaimey memulakan kempen sulung Sukan Paralimpiknya dengan bergaya apabila memenangi kesemua perlawanan untuk muncul juara Kumpulan B.

Pemain berusia 38 tahun itu menjadikan Hanaa Elfar sebagai mangsa pertamanya dengan membenam atlet Mesir itu 11-3 diikuti kemenangan tipis ke atas Alison Levine dari Kanada, 3-2 dan Nataliia Konenko dari Ukraine, 8-6.

Sementara itu, wakil individu lelaki BC4 (kecacatan fizikal) Abdul Razzaq Abdul Rahman tidak berupaya menjelmakan kemenangan sulung di pentas pertama Paralimpiknya susulan tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam aksi Kumpulan C, kali ini kepada Artem Kolinko dari Ukraine, 4-1.

Abdul Razzaq yang menduduki tempat terakhir kumpulan sebelum ini dibelasah 0-8 oleh Stephen McGuire dari Great Britain dan mengalami kekalahan kedua di tangan lulian Ciobanu dari Kanada, 4-6. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Liek Hou Tak Dapat Tidur Lena Lepas Menang Emas Bersejarah

2

Sukan 3 tahun yang lalu

CDM Sangkal Dakwaan Muhammad Ziyad Lewat 28 Minit

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohamad Yusof Tamatkan Aksi Paralimpik Tokyo Di Kedudukan Ke-33

4

Sukan 3 tahun yang lalu

David Smith Sekat Impian Emas Wei Lun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Sukan 3 jam yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Semasa 17 jam yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan