web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mohamad Yusof Tamatkan Aksi Paralimpik Tokyo Di Kedudukan Ke-33

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2021 5:14PM

Aksi Mohamad Yusof dalam acara berbasikal lebuhraya lelaki bagi kelas C1 di Fuji International Speedway hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pelumba berbasikal lebuh raya kebangsaan, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menamatkan aksinya di Sukan Paralimpik Tokyo dengan menduduki tempat ke-33 dalam acara lebuh raya lelaki C1-3 (kecacatan fizikal).

Hujan yang membasahi Fuji International Speedway, Shizuoka, kira-kira 109 kilometer dari sini, merencatkan prestasi pelumba berusia 23 tahun itu untuk mempamerkan kayuhan bertenaga dalam acara yang disertai 39 pelumba pada hari ketiga sukan berkenaan berlangsung.

Mohamad Yusof yang membuat kemunculan pertama di pentas Paralimpik mengakhiri saingan dengan ketinggalan satu pusingan berbanding pelumba di kelompok hadapan.

Dua pelumba Great Britain, Benjamin Watson dengan catatan masa 2 jam 04:23 saat dan Finlay Graham yang merekodkan masa 2:05:43s masing-masing menyumbang emas dan perak.

Alexandre Leaute dari Perancis pula meraih gangsa dengan catatan 2:11:06s.

Selasa lepas, Mohamad Yusof menampilkan kayuhan memberangsangkan dalam acara ujian masa lelaki C1 (kecacatan fizikal), juga di venue sama.

Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa 26:46.5s daripada 11 pelumba dalam aksi final. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

3

Jelajah 6 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 5 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 5 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan