web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2023 8:15AM

Perdana Menteri (kiri) ketika bertemu dengan diaspora Malaysia di Tokyo, semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Rakyat Malaysia di Jepun berpeluang bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis minum petang diaspora Malaysia yang diadakan di Hotel Imperial di sini semalam.

Seramai 416 tetamu terdiri daripada pelajar dan individu yang bekerja dan menetap di Jepun hadir pada majlis itu. 

Pada majis itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah meluangkan masa untuk memberikan ucapan kepada tetamu yang hadir sementara menanti ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dan Dr Wan Azizah tiba kemudian selepas menghadap Maharaja Naruhito dan Maharani Masako di Istana Imperial.

Perdana Menteri dalam ucapannya kepada rakyat Malaysia di Jepun menyentuh mengenai perkembangan di tanah air dan keperluan rakyat untuk mengubah minda dan membebaskan diri mereka daripada permusuhan kaum dan agama yang menjejaskan perpaduan.

“Hentikan permusuhan kaum dan agama dan gunakan kaum dan agama itu untuk memperkukuh hubungan. Dengan itu baru kita boleh bangunkan Malaysia baharu yang boleh kita banggakan sebagai sebuah negara yang penting dan utama di rantau kita,” katanya.

Perdana Menteri juga ditanya mengenai kesulitan memperbaharui pasport kerana mereka perlu datang ke kedutaan di Tokyo (dari bandar lain di Jepun) dan apakah yang Malaysia telah lakukan untuk menangani perubahan iklim.

Mengenai isu pasport, Anwar berkata beliau akan melihat perkara itu dan mengenai perubahan iklim, perkara itu telah ditangani antaranya menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Ketika ditanya oleh seorang pelajar pascasiswazah tajaan JPA apabila mereka pulang ke tanah air, mereka melihat diri mereka terlebih layak dan gaji mereka tidak sepadan dengan kelayakan, Anwar berkata keadaan di Malaysia adalah tidak seburuk seperti yang disangka dan kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan pendapatan semua. 

Seorang pelajar tajaan MARA pula menyuarakan kebimbangannya bahawa pelajar yang dihantar ke Jepun antaranya untuk mempelajari kebudayaan Jepun dan mempamerkan kebudayaan Malaysia tetapi kini tidak dapat direalisasikan kerana ramai yang memilih untuk menetap dan bekerja di Jepun selepas menamatkan pengajian.

Anwar berkata mereka digalakkan untuk bekerja di luar negara terutama untuk membolehkan mereka belajar budaya kerja Jepun tetapi harus pulang dan menyumbang kepada negara bila tiba masanya.

Sementara itu dalam sidang media pada majlis berkenaan, Anwar berkata pengalaman beliau dan isteri menghadap Maharaja dan Maharani Jepun merupakan suatu memori yang indah.

Beliau berkata pada awalnya sesi menghadap itu dirancang selama 20 minit tetapi dilanjutkan selepas Maharaja menunjukkan minat yang mendalam dalam pelbagai aspek mengenai Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat